JUAL MERCUN DI KEDAI RUNCIT, LELAKI DITAHAN

BUNGA APIJOHOR BAHARU, 22 Jun — Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis bunga api serta mercun dalam Op Cantas Khas Ramadan di sebuah kedai runcit di Simpang Renggam, dekat Kluang, dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata lelaki berumur 24 tahun yang merupakan penjual barangan tersebut, ditahan pada 9.45 malam selepas polis bertindak atas maklumat.

LAHAM

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham

“Kesemua bunga api dan mercun itu dianggarkan bernilai RM10,000, antaranya enam kotak bunga api King Cat, enam kotak mercun Thunder King, 43 paket mercun Happy Boom, enam paket mercun roket serta 12 keping mercun papan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

THUNDER KING

Mercun Thunder King

Mohamad berkata lelaki terbabit kini direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Beliau berkata lelaki berkenaan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat supaya menyalurkan sebarang maklumat kepada polis mengenai kegiatan penjualan bunga api dan mercun.

MERCUN BOM

Mercun Bola

“Polis tidak mahu penjualan bunga api dan mercun berlarutan kerana boleh menyebabkan bahaya kepada orang awam malah telah berlaku insiden kematian seorang kanak-kanak berumur dua tahun membabitkan permainan mercun di Simpang Renggam, dua tahun lepas,” katanya.
BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s