KEMPEN KEGANASAN IS (DAESH) KEKAL MUSUH UTAMA NEGARA

IS4
Sembilan percubaan pengganas Islamic State (IS) atau Daesh menjadikan negara ini sebagai sasaran serangan adalah bukti, pergerakan pelampau militan yang berpusat di Iraq dan Syria ini sebagai musuh utama negara.

IS3
Kejayaan pihak polis menahan 193 pengganas IS di seluruh negara merupakan satu angka yang menunjukkan tahap ancaman gerakan militan ini berada di paras sangat berbahaya pada keselamatan negara.
Menurut Ketua Bahagian Counter Terorism Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, pelbagai usaha pencegahan yang telah  dilaksanakan pihak polis bukan satu jaminan kekal bahawa aktiviti militan IS di negara ini berjaya dilumpuhkan.
DATUK AYOB KHAN MYDIN PITCHAY

DATUK AYOB KHAN MYDIN PITCHAY

“Kami mengadakan kempen kesedaran hingga ke masjid dan surau untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahaya IS. Namun, hingga hari ini masih ada yang terus terpengaruh dan bersedia menerima arahan dari Syria dan Iraq untuk melancarkan serangan di negara ini,” katanya.
Datuk Ayub Khan turut mendedahkan bahawa terdapat aduan terkini pada minggu ini mengenai rancangan dua remaja tempatan yang berusaha terbang ke Turki sebelum menyusup masuk ke Syria dan menyertai IS.
“Mereka menempah penerbangan ke Aceh sebelum ke Jakarta, Indonesia. Dari Jakarta, dua remaja ini akan terbang ke Istanbul sebelum masuk ke Syria,” katanya pada Forum Isu Semasa Negara di Menara Wilayah Persekutuan, Putrajaya.
IS5
Malah katanya, sembilan percubaan pengganas IS untuk melancarkan serangan keganasan dengan menggunakan bahan letupan adalah bukti, keupayaan militan IS di negara ini berada pada tahap kedua, iaitu tahap mampu untuk melaksanakan serangan kemusnahan melalui operasi bersenjata dan pengeboman di tempat awam.
Sejak polis melancarkan operasi besar-besaran untuk melumpuhkan pengaruh IS di negara ini, 193 suspek telah ditahan di bawah Akta Pencegahan Keganasan Langkah-Langkah Khas (Sosma)
“Masyarakat masih terdedah pada pengaruh IS terutama melalui kempen psokologi menyebarkan idealisme Negara Islam melalui komunikasi di media baharu. Kita kena berwasapada kerana mereka menyasarkan anak-anak kita, rakan-rakan kita serta ektrimis agama sebagai kader untuk keganasan,” jelasnya.
IS6
Forum anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Biro Tata Negara itu, memperkatakan mengenai Isu Keselamatan Negara dan dihadiri lebih 300 penjawam awam dari lima kementerian kerajaan.
Polis katanya, akan terus melakukan usaha agresif dalam pemantauan dan pencegahan melalui Sosma bagi memastikan negara ini bebas daripada ancaman serangan IS. Indonesia dan Turki katanya, kini menjadi sasaran utama IS dan penggerakan militan itu akan terus berusaha kerana mereka masih gagal melaksanakan sebarang misi keganasan di negara ini.
Datuk Ayob Khan turut menasihatkan masyarakat supaya prihatin dan sensitif dengan sebarang maklumat yang berkaitan pengaruh IS dan segera melaporkan kepada polis.
IS2
“Kita tidak boleh berasa selesa. Sekali IS berjaya, kesannya sukar dibayangkan,” katanya.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s