YAPEIM BANTU 13,000 PELAJAR MISKIN SAMBUT RAMADAN DAN AIDILFITRI

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)

PASIR PUTEH, 22 Jun — Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyumbangkan bantuan kepada kira-kira 13,000 pelajar miskin di seluruh negara bagi menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata yayasan itu memperuntukkan RM2.2 juta bagi menjayakan program berkenaan secara serentak di seluruh negara, mulai semalam.

Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi

“Sebanyak 1,000 pelajar miskin terpilih di setiap negeri mendapat bantuan itu untuk membeli keperluan sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan berkenaan peringkat negeri Kelantan di Masjid Ibrahimi di sini, malam tadi.
Turut Hadir, Ketua Pengarah YaPEIM merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abibullah Samsudin.

Datuk Abibullah Samsudin

Datuk Abibullah Samsudin

Asyraf Wajdi berkata peruntukan untuk program itu adalah daripada keuntungan hasil aktiviti perniagaan yang diusahakan yayasan tersebut.

“Ia sebahagian daripada usaha memperkasakan program kebajikan dan tanggungjawab yayasan itu membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan,” katanya.
Beliau berkata mulai sekarang, agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri diarah menguar-uarkan kepada umum mengenai aktiviti sosial yang mereka lakukan tanpa berselindung untuk mengelak fitnah.
“Selama ini aktiviti-aktiviti agensi agama kurang mendapat publisiti menyebabkan ada yang mempersoal dan memfitnah ke mana wang dibelanjakan,” katanya.
BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s