KEMPEN IKLAN MURAH TV ALHIJRAH DITERUSKAN SEMPENA SYAWAL

Pakej 100 siaran iklan TV dengan harga RM10 ribu ditawarkan kepada usahawan produk Industri Kecil Sederhana (IKS) sempena Kempen Syawal Bulan Kemenangan TV Alhijrah bermula hari ini dan berakhir pada 5 Ogos (30 Syawal) depan.
100 spot iklan ini akan disiarkan merentas 14 jam waktu siaran bermula 10.00 pagi hingga 12.00 malam sepanjang musim perayaan Aidil Fitri.
Bagi usahawan yang mahukan kos iklan lebih murah, TV Alhijrah menyediakan pakej #Produk Anda Berhak Popular dengan 21 kali siaran iklan pada harga serendah RM3 ribu.


Malahan lebih menarik, pihak TV Alhijrah akan membantu menyediakan khidmat pembikinan slide iklan termasuk skrip dan rakaman suara.
Usahawan yang berminat boleh menghubungi Unit Khidmat Jualan TV Alhijrah melalui talian:

011-21271211

011-28290198

018-2139170
TV Alhijrah bermula pada 6 Jun (1 Ramadan) hingga 5 Julai ini (30 Ramadan) sedang menyiarkan siaran iklan 300 jenama produk IKS sempena Kempen Bazar Ramadan. Kempen iklan ehsan ini berjaya mendapat sambutan hangat hingga semua spot siaran iklan sepanjang Ramadan telah habis ditempah.


Pelancaran Kempen Syawal ini diteruskan sebagai usaha TV Alhijrah untuk membantu usahawan Islam untuk memastikan jenama produk IKS setanding dengan pelbagai jenama elit yang selama ini memonopoli siaran iklan TV.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s