279 SYARIKAT DI P PINANG TIDAK SERAH PENYATA PULANGAN GST

GST-logo

BUTTERWORTH, 25 Jun – Sebanyak 279 syarikat di Pulau Pinang dikesan tidak menyerahkan dokumen penyata pulangan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sejak Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang, Datuk Mohd Pudzi Man.

Selain itu, beliau berkata, 47 daripada syarikat yang melakukan kesalahan itu telah dikenakan tindakan mahkamah. Katanya, dokumen penyata pulangan GST itu sangat penting dan perlu diserahkan kepada kastam untuk disemak sama ada syarikat yang berdaftar telah melaksanakan GST dengan baik atau sebaliknya.

“Ini kerana, kita mahu memastikan syarikat ini dapat menjalankan pelaksanaan GST dengan teratur tanpa masalah agar kutipan cukai ini dapat disalurkan terus kepada kerajaan.

“Berikutan itu, setiap syarikat dikehendaki menghantar dokumen penyata pulangan GST kepada pihak kita dalam tempoh yang ditetapkan supaya semakan dapat dibuat dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah ‘Peraduan Jom Minta Resit GST’ di Pejabat Kastam Seberang Jaya, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 161 pemenang yang menyertai peraduan berkenaan menerima hadiah untuk cabutan bulan April hingga Jun. Mohd Pudzi berkata, kompaun sebanyak RM5,000 akan dikenakan terhadap syarikat yang tidak menyerahkan penyata pulangan GST pada masa ditetapkan.

“Sekiranya, kompaun tidak dibayar dalam tempoh dua minggu, tindakan undang-undang akan diambil terhadap syarikat berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Pudzi berkata, peraduan Jom Minta Resit yang berlangsung sehingga November itu adalah inisiatif pihak JKDM untuk memberi kesedaran kepada pengguna mengenai kepentingan meminta resit.

“Ini juga secara tidak langsung meningkatkan pematuhan peniaga untuk mengeluarkan resit jualan bercukai GST selaras peruntukan Seksyen 33, Seksyen 34 dan Seksyen 36 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014,” katanya.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s