BURSA MALAYSIA DIJANGKA TIDAK MENENTU MINGGU DEPAN

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan tidak menentu minggu depan disebabkan sentimen pelabur yang lemah selepas keputusan pungutan suara yang tidak dijangka oleh Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah, kata peniaga.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata susulan prestasi saham global yang lemah, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) boleh mengalami pembetulan dengan paras 1,700 mata sebagai sasaran segera.

“Pada masa ini, pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap pergerakan saham disebabkan mereka berhati-hati berikutan Brexit. “Minat pelabur kini beralih kepada aset selamat seperti bon dan emas,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Bursa Malaysia dijangka diniagakan pada paras 1,600 untuk tempoh jangka pendek. Bagaimanapun, katanya prestasinya akan turut bergantung kepada pergerakan ringgit berbanding dolar AS.

Ketua Penyelidikan Kenanga Research, Chan Ken Yew, berkata FBM KLCI dijangka kekal dalam jajaran kecil minggu depan, selagi ia masih dihadkan di bawah paras halangan 1,605-1,625.

“Memandangkan petunjuk lemah, kami tidak menolak pembetulan seterusnya ke arah paras yang dijangka dalam tempoh terdekat,” katanya.

Bagi asas mingguan, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah sebanyak 9.87 mata kepada 1,634.05 daripada 1,624.18 minggu lepas. Indeks FBM Emas naik 35.89 mata kepada 11,393.31, Indeks FBMT100 meraih 333.14 mata kepada 11,393.31 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 41.54 mata kepada 11,968.84.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan menokok sebanyak 38.98 mata kepada 14,074.91 dan Indeks Perusahaan naik 17.72 mata kepada 3,071.60. Indeks Perladangan susut 29.1 mata kepada 7,539. 27.

Jumlah dagangan mingguan menambah 2.33 bilion unit bernilai RM2.3 bilion daripada 1.12 bilion unit bernilai RM1.42 bilion minggu lepas. Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.35 bilion saham bernilai RM2.17 bilion daripada 701.96 juta saham bernilai RM1.36 bilion sebelum ini. Jumlah dagangan waran naik kepada 530.20 juta unit bernilai RM127.60 juta daripada 151.11 juta unit bernilai RM22.23 juta pada Jumaat lepas.

Pasaran ACE naik kepada 338.96 juta saham bernilai RM61.84 juta daripada 263.73 juta saham bernilai RM37.87 juta minggu lepas.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s