KELUARGA ALLAHYARHAM BILL KAYONG AKAN DIBERI KAUNSELING

KUCHING, 25 Jun – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersedia memberi khidmat kaunseling kepada anggota keluarga Setiausaha PKR Cawangan Miri, Allahyarham Bill Kayong bagi memulihkan mereka daripada trauma.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pegawai kementerian akan dihantar untuk berjumpa dengan keluarga Allahyarham untuk menawarkan khidmat kaunseling yang diperlukan.

Di samping itu, katanya pihak kementerian juga akan menghulurkan bantuan lain yang diperlukan termasuk membantu kos pendidikan anak Allahyarham. Sementara itu, Rohani menyelar pembunuhan Bill yang beliau anggap sebagai tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Apapun perbezaan yang wujud tiada siapa yang berhak untuk bertindak kejam membunuh,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem serta isteri dan kumpulan sasar kementerian beliau di sini malam tadi.

Beliau berharap pihak polis dapat menangkap dan mengheret pembunuh Bill ke muka pengadilan untuk dijatuhi hukuman setimpal dengan jenayah yang telah dilakukan.

Bill, 43, calon PKR kawasan Bekenu pada Pilihan Raya Sarawak ke-11 yang lalu, ditembak mati oleh individu tidak dikenali menggunakan senapang patah ketika berada di dalam kenderaan pikap Toyota Hiluxnya, di persimpangan lampu isyarat di Lutong, Miri, kira-kira 8.30 pagi, 21 Jun lepas.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s