PENDAFTARAN SUKARELAWAN SUKAN SEA MASIH DIBUKA

sea games2

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Malaysia selaku tuan rumah penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Para Asean Kesembilan tahun depan menerima lebih 50,000 pendaftaran sukarelawan sejak dilancarkan 15 Nov tahun lalu.

Sekretariat Sukan SEA ke-29 dan Para ASEAN ke-9 (MASOC) bagaimanapun hanya memerlukan 20,000 sukarelawan sahaja bagi penganjuran dua temasya tersebut yang turut dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017.

MASOC akan memaklumkan pemohon yang berjaya untuk menghadiri bengkel latihan sukarelawan pada September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MASOC Datuk Seri Zolkples Embong berkata orang ramai yang berminat masih boleh mendaftar dan perlu mengisi borang permohonan sukarelawan yang lengkap di http://www.kualalumpur2017.com.my.

“Kami merasa teruja apabila rakyat Malaysia memberi reaksi yang baik dan menyahut panggilan untuk tampil ke hadapan dalam menawarkan perkhidmatan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zolkples berkata bakal sukarelawan perlu memenuhi keperluan MASOC, mempunyai minat serta kelapangan dalam menjalani kerja sukarelawan itu nanti. Pelbagai bidang boleh dipilih oleh sukarelawan seperti pelaksanaan tugas am dan tugasan sebagai pegawai perhubungan mahupun membantu dalam majlis penyampaian hadiah.

Sukarelawan juga diberi peluang untuk memilih bidang sukan yang diminati untuk menawarkan perkhidmatan mereka, namun keputusan muktamad terletak pada MASOC.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s