RINGGIT AKAN SUSUT KEPADA 4.15 BERBANDING DOLAR US

RM

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Ringgit dijangka mengalami pembetulan lagi minggu depan kepada RM4.15 berbanding dolar US berikutan keputusan mengejutkan pungutan suara Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, pembetulan itu adalah reaksi spontan dan di luar kawalan kawal selia kerana ia juga berlaku di ekonomi sedang muncul lain.

“Bagaimanapun, situasi itu menawarkan peluang untuk membeli secara murah. Tetapi apa yang lebih penting ialah psikologi pelabur dan kita berharap tidak berlaku jualan panik,” katanya kepada Bernama.

Untuk minggu baru berakhir yang pendek disebabkan cuti, ringgit diniagakan keseluruhannya lebih tinggi berbanding dolar US dipacu keyakinan Britain akan kekal dalam EU tetapi sentimen itu segera bertukar pada Jumaat selepas undi untuk keluar blok ekonomi itu mendahului ketika pengiraan dijalankan.

Pasaran ditutup pada Rabu untuk cuti umum sempena Nuzul al-Quran.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, mata wang tempatan itu lebih tinggi kepada 4.0850/0950 berbanding dolar US daripada 4.0970/0030 pada minggu sebelumnya.

Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.6806/6961 daripada 5.8550/8652 sebelum ini dan naik berbanding euro kepada 4.5450/5573 daripada 4.6112/6196.

Bagaimanapun ia jatuh berbanding yen kepada 3.9668/9777 daripada 3.9277/9350 pada minggu lepas.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s