TIDAK AMBIL SUNTIKAN VAKSIN, KES DEMAM CAMPAK DI PAHANG MENINGKAT

demam-campak-bintik-virus

KUANTAN, 25 Jun – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengesahkan berlaku peningkatan kes demam campak di negeri ini, tahun ini ekoran tidak mendapat suntikan vaksin penyakit itu.

Pengarahnya Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata sehingga 24 Jun lalu, sebanyak 29 kes demam campak direkodkan berbanding hanya dua kes bagi tempoh masa sama pada 2015.

“Kes melibatkan pesakit berusia antara 3 bulan hingga 37 tahun dan 38 peratus daripada kes adalah mereka yang layak mendapat suntikan imunisasi tetapi didapati tidak mendapat suntikan vaksin campak,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dr Zainal Ariffin berkata, walaupun liputan imunisasi di Pahang mencapai sasaran yang ditetapkan, masih ada ibu bapa atau penjaga yang enggan membenarkan anak mereka diberi imuniasasi dan jumlah ini semakin meningkat.

“Berdasarkan laporan, pada 2014 terdapat 84 kes menolak imunisasi dan meningkat kepada 126 kes pada 2015 manakala sebanyak 88 kes direkodkan sehingga Mei tahun ini,” katanya.

injection2

Dr Zainal Ariffin menambah antara punca penolakan suntikan imunisasi adalah mempunyai keraguan terhadap kandungan vaksin, mengamalkan perubatan homeopati dan terpengaruh dengan pujukan keluarga atau rakan yang menolak amalan itu.

“Fenomena ibu bapa dan penjaga menolak suntikan imunisasi amat membimbangkan kerana ini boleh mendatangkan bahaya kepada anak-anak dan menjadi punca merebaknya jangkitan penyakit berjangkit,” katanya.

Beliau menambah jabatan kesihatan negeri menyediakan perkhidmatan imunisasi sejak 1956 bagi mencegah penyakit dan komplikasinya, melindungi individu dan masyarakat, mengawal kejadian wabak, eliminasi penyakit tertentu dan membasmi penyakit.

Sehingga kini terdapat 89 klinik kesihatan, 239 klinik desa dan 11 hospital menawarkan perkhidmatan itu, tambahnya. Bagi memastikan lebih ramai mengetahui kebaikan suntikan imunisasi, Dr Zainal Ariffin berkata jabatan itu akan mendidik masyarakat dan mempromosi kesihatan termasuk menerusi saluran media sosial.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s