ZUCKERBERG : WUJUDKAN PERUBAHAN BUKAN HANYA WUJUDKAN SYARIKAT

mark-zuckerberg1

PALO ALTO (California) 25 Jun – Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg mendedahkan beliau tidak pernah menjangka Facebook akan berkembang menjadi sebuah syarikat besar kerana beliau percaya keusahawanan adalah mengenai mewujudkan perubahan dan bukan setakat mewujudkan syarikat.

Menekankan perkara ini pada hari terakhir Sidang Kemuncak Keusahawanan Global Ke-7 (GES 2016) mulai 22 hingga 24 Jun, beliau berkata, usahawan yang berjaya prihatin mengenai perubahan yang cuba mereka wujudkan di dunia.

Menurutnya, dunia perlu melakukan sesuatu yang lebih baik untuk memperkasa penduduk di pelbagai negara untuk mengembangkan kesalinghubungan.

“Jika anda membesar dan tidak pernah menggunakan komputer atau mempunyai akses ke Internet, adalah sukar untuk menggambarkan apa yang anda telah hilang. Perkara utama yang saya beri tumpuan ialah kesalinghubungan,” katanya.

Zuckerberg yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Facebook telah berkongsi pentas dengan Presiden AS, Barack Obama semasa perbincangan panel mengenai keusahawanan di sidang kemuncak itu.

Facebook mula dilancar dari bilik asrama Zuckerberg di Universiti Harvard pada Februari 2004 dan telah berkembang menjadi sebuah syarikat rangkaian sosial bernilai berbilion dolar.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s