AMBIL LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MUSIM PERAYAAN

logo-tnb

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai supaya menitikberatkan aspek keselamatan elektrik semasa membuat persiapan untuk sambutan Aidilfitri.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata pengguna disarankan mengambil langkah-langkah pencegahan ketika menggunakan peralatan elektrik ketika berada di rumah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Pengguna disarankan tidak membebankan soket dengan menggunakan adapter elektrik secara berlebihan untuk mengelakkan bebanan elektrik yang tinggi sehingga boleh menyebabkan berlakunya gangguan bekalan.

“Sekiranya pendawaian elektrik tambahan diperlukan, jangan melakukan sambungan sendiri sebaliknya dapatkan khidmat kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Penggunaan wayar sambungan tambahan harus dijauhi dari kawasan yang berair, orang ramai juga diminta agar tidak membaiki atau mengubah suai peralatan elektrik sendiri, melakukan pemasangan suis elektrik dengan tangan basah dan sentiasa memastikan peralatan elektrik dalam keadaan baik, katanya.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s