KAJIAN KHUSUS MENGENAI GELANDANGAN PERLU DILAKUKAN

gelangdangan

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Kajian khusus mengenai masalah golongan gelandangan berserta jalan penyelesaian yang sesuai perlu dilakukan dengan segera bagi mengekang peningkatan jumlah golongan itu di ibu negara, kata Pengerusi Yayasan Salam Malaysia (Salam) Datuk Ahmad A. Talib.

Beliau berkata walaupun banyak pihak menghulurkan sumbangan berbentuk fizikal antaranya makanan dan pakaian kepada golongan ini, usaha itu dilihat hanya bersifat luaran tanpa melihat punca sebenar permasalahan gelandangan berlaku.

“Walaupun ada tempat untuk mereka (gelandangan) dapatkan bantuan, tapi usaha itu tidak menyelesaikan masalah sebenar gelandangan. Makin hari makin ramai. Takkan mereka hanya cukup diberi makanan dan minuman sahaja.

“Kalau ada pihak yang sanggup bekerja dengan kita (Salam), mari kita lakukan satu kajian yang lengkap dengan mencari profil gelandangan mengikut kategori seperti kategori gelandangan tegar seterusnya cari jalan penyelesaian terbaik untuk atasinya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika program Outreach Yayasan Salam Malaysia bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mengagihkan sumbangan kepada gelandangan, di sini malam tadi.

Ahmad berkata menerusi kajian itu, golongan gelandangan yang mempunyai pekerjaan namun tidak mempunyai rumah untuk menetap juga dapat dikenal pasti seterusnya diberikan bantuan yang sesuai.

“Masyarakat sering salah anggap gelandangan yang tidur di merata tempat seperti perhentian bas dan dalam bangunan buruk adalah penganggur sedangkan ada dalam kalangan mereka mempunyai pekerjaan dan motosikal sendiri namun tidak ada cukup wang untuk menyewa rumah.

“Masalah lain pula apabila wujudnya kategori gelandangan yang memang tidak mempunyai kerja dan terjerumus pula dalam kancah dadah. Kategori seperti ini juga kita perlu dalami untuk tahu faktor sebenar kenapa ia boleh dan masih berlaku,” katanya.

Pada program itu, seramai 15 orang sukarelawan Salam mengagihkan 300 bungkusan makanan dan beberapa kotak pakaian, hasil sumbangan orang ramai kepada golongan gelandangan di sekitar Jalan Silang, di sini.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s