PBSM P.PINANG SEDIA AMBULANS 24 JAM SEMPENA AIDILFITRI

Logo_of_the_Malaysian_Red_Crescent.svg

BUTTERWORTH, 26 Jun – Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) cawangan Pulau Pinang akan menyediakan khidmat ambulans 24 jam bagi membantu melancarkan pengendalian kes kemalangan sempena musim perayaan ini.

Pengerusi PBSM negeri Datuk B.J Yeang berkata khidmat yang akan bermula pada 3 hingga 9 Julai itu juga dapat menyediakan rawatan kecemasan awal kepada mangsa dalam tempoh lebih cepat.

“Seramai 150 ahli PBSM akan bertugas sepanjang tempoh itu dan sukarelawan terlibat merupakan golongan terlatih dalam memberikan rawatan segera kepada mangsa kemalangan sebelum keadaan bertambah teruk,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran perkhidmatan ambulans 24 jam itu di sini hari ini.

Katanya bagi memastikan perkhidmatan ambulans lebih efisien dan cepat, sistem komunikasi Hospital Emergency Ambulance Radio Link (HEARL) turut dilancarkan. Beliau berkata sistem yang berhubung terus dengan hospital kerajaan itu, merupakan perhidmatan terbaik untuk mempercepatkan lagi ketibaan bantuan ambulans.

“Orang ramai yang memerlukan perkhidmatan ambulans boleh menghubungi talian kecemasan 999 dan pihak operator akan menyambungkan mereka dengan hospital terdekat.

“Pihak hospital akan berhubung dengan sukarelawan kami melalui HEARL sekiranya kemalangan itu berlaku berhampiran cawangan perkhidmatan kami,” kata Yeang.

Menurutnya sebanyak enam buah ambulans akan disediakan di tiga pejabat PBSM Pulau Pinang iaitu di Jalan Grove, George Town, Jalan St Marks, Butterworth dan Jalan Permatang Tinggi, Bukit Mertajam.

Dalam perkembangan lain Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Azmi Adam yang ditemui pada majlis sama berkata pihaknya akan meningkatkan rondaan di kawasan rumah penduduk yang pulang bercuti sempena hari raya minggu depan dalam usaha membendung kegiatan jenayah.

Beliau menasihatkan penduduk yang ingin meninggalkan rumah memaklumkan kepada polis dengan mengisi borang yang terdapat di balai polis berhampiran. Azmi berkata hanya 10 peratus pegawai dan anggota polis di daerah SPU bercuti sempena hari raya tahun ini, manakala kira-kira 900 orang akan bertugas sepanjang tempoh berkenaan.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s