ZAKAT MAMPU RAPATKAN JURANG GOLONGAN KAYA & MISKIN

NAJIB

PEKAN, 26 Jun – Konsep zakat yang merupakan rukun Islam keempat mampu menegakkan prinsip keadilan sosial supaya tidak berlaku jurang perbezaan yang terlalu besar antara golongan kaya dan miskin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata zakat yang diwajibkan terhadap umat Islam yang layak berzakat juga mampu membersihkan harta dengan membantu golongan yang memerlukan sekaligus dapat membentuk akhlak mulia dan mengukuhkan hubungan antara umat Islam di negara ini.

“Apabila kita lihat konsep dan tujuan zakat yang diwajibkan ini antaranya ialah untuk bentuk keperibadian yang mulia supaya kita tidak terbawa-bawa dengan sikap yang sombong, takbur dan terlalu sangat mengejar kebendaan sehingga lupa akan asas agama.

“Inilah asas agama kita, asas kesyukuran kita, asas hubungan dengan manusia dan inilah sebabnya pemberian dan sumbangan zakat itu sangat penting dalam masyarakat,” katanya.

Najib demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan zakat berjumlah RM1.72 juta kepada 6,264 golongan asnaf yang terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya (OKU), dan ibu tunggal di kawasan Parlimen Pekan di sini hari ini.


Hadir sama isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang turut membantu mengagihkan zakat kepada penerima. Antara penyumbang zakat yang hadir ialah Pengerusi Bank Rakyat Jen (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Pengerusi Kumpulan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd SM Nasaruddin SM Nasimuddin, Pengerusi UDA Holdings Berhad Datuk Dr Shafie Abdullah.

Dalam majlis yang diadakan di Dewan Konvensyen itu, Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan sebelum itu turut menerima sumbangan zakat lebih RM1.72 juta yang disampaikan lapan badan korporat dan dua ahli perniagaan.

Kesemua zakat berkenaan diterima daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad sebanyak RM600,000: Naza Holding Berhad (RM250,000) Uda Holdings Berhad (RM200,00); Roadcare (M) Sdn Bhd (RM200,000), Lembaga Tabung Haji (RM100,000).

Zakat turut disumbangkan oleh Affin Islamic Bank Berhad (RM75,000) SME Bank (RM50,000); Yayasan Basmi Kemiskinan (RM50,000) dan dua orang ahli perniagaan yang iaitu Datin Mariamah Mohamed (RM100,000) Datuk Abdul Rahman Sultan (RM100,000).

Najib turut merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang zakat yang terlibat kerana memilih untuk menyalurkan bantuan itu kepada golongan asnaf di Pekan yang diharap dapat meringankan bebanan golongan itu membuat persiapan Aidilfitri.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s