PENGURUS BESAR SYARIKAT CEDERA PARAH DITEMBAK

tembak31

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Seorang pengurus besar syarikat swasta cedera parah ditembak individu yang menaiki motosikal ketika memandu kereta di Lebuhraya Utara Selatan dekat Desa Petaling awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata mangsa lelaki berusia 40 tahun itu terkena lima das tembakan daripada enam das tembakan yang dilepaskan oleh suspek dalam kejadian 8.40 pagi itu.

“Pada mulanya suspek yang bermotosikal itu melepaskan empat das tembakan dari kanan kereta mangsa, kemudian suspek beralih ke kiri kereta dan melepaskan dua lagi tembakan.

“Ketika ditembak, mangsa sedang memandu kereta dari arah Seremban menghala ke ibu negara untuk pergi ke pejabatnya,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini. Amar Singh berkata mangsa terkena dua das tembakan di tangan kanan, dua das tembakan di leher kanan dan satu das tembakan lagi terkena pada dada mangsa.

tembak1 tembak3

Beliau berkata mangsa cedera parah dan dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan lanjut. Katanya polis percaya dua suspek terlibat dalam kejadian ini.

Menurutnya mangsa pernah membuat laporan polis menerima ugutan bunuh. Katanya pemeriksaan polis di lokasi kejadian turut menemukan lima kelongsong peluru yang ditinggalkan suspek.

Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s