TV ALHIJRAH STESEN PEMASARAN PRODUK JENAMA ISLAM

13503129_1181456368551282_3617031617758862349_o

Oleh : Izelan Basar, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah

Saiz pasaran produk halal kini mencecah RM12 trilion di seluruh dunia. Satu realiti bahawa jenama halal bukan sahaja beredar di kalangan 1.8 bilion umat Islam di 55 negara, tetapi populariti produk yang berasaskan prinsip halal dan bersih, ini menjadi pilihan lebih 7 bilion penduduk dunia di lebih 200 negara.

Saiz pasaran produk halal bukan sahaja di sekitar jenama yang memiliki sijil halal keluaran pelbagai label yang diiktiraf di seluruh dunia, tetapi tempias populariti jenama halal turut mempopularkan pemintaan produk-produk lain yang disahkan sebagai keluaran usahawan Islam. Ini manfaat yang dinikmati jenama Islam berikutan kebangkitan nilai halalan toyyiban.

Barangan makanan tambahan, produk kesihatan, fabrik, fesyen, hiasan dalaman sampailah ke rempah-ratus, setiap jenama keluaran umat Islam menerima sambutan kerana trend halal telah menjadikan produk usahawan Islam dihormati sebagai bersih dan berpiawaian tinggi.

Di dalam negara, saiz industri halal kini bernilai RM37.7 bilion setahun. Satu angka pasaran yang besar dan pasti akan terus berkembang. Malah, bukan kejutan pun sekiranya angka ini meningkat dua kali ganda pada 2020. Ini kerana trend permintaan terhadap produk halal sentiasa meningkat secara prolifik.

Angka industri yang besar, datang bersama saingan dan kekangan. Saingan yang harus difahami oleh usahawan halal tempatan. Selain bertarung untuk menempatkan diri dalam merebut peluang industri tempatan, usahawan halal harus melihat juga potensi untuk melangkah keluar. Malah dalam konteks yang lebih luas, ialah bersedia menghadapi saingan daripada produk halal luar negara yang bakal memasuki pasaran domestik.

Iklan dan promosi. Itu kekangan dan cabaran utama. Setelah berjaya melangkah setapak ke hadapan dengan meningkatkan kualiti ‘packaging dan look and feel’ produk, di mana kita dapat melihat pembungkusan menarik, namun promosi masih satu kekangan utama dalam industri halal.

Usahawan masih berharap populariti produk mereka akan segera meletup dan menviral setelah kualitinya diiktiraf. Ini sama seperti mengharapkan keajaiban. Dalam persaingan jenama, yang berkualiti harus dilaungkan sebagai berkualiti. Produk yang hebat mesti dilaungkan sebagai hebat. Proses melaungkan inilah dipanggil promosi.

Tanpa promosi, produk yang hebat akan tenggelam begitu sahaja. Atau merangkak selama bertahun-tahun sebelum popular.

Atas kesedaran bahawa kehebatan produk dan jenama halal dan Islamik perlu dilaungkan secara strategik, TV Alhijrah secara agresif mempromosi Kempen Iklan Murah. Kempen ini khusus untuk memastikan semua usahawan mampu membawa jenama dan produk mereka ke kaca TV. Sekaligus, melengkapkan reputasi promosi bagi memastikan pengguna sedar kewujudan jenama mereka.

Iklan murah ini hanya dikhaskan kepada usahawan produk halal yang baharu bertapak dalam industri. Iklan ini satu promosi bagi membantu jenama mereka meriuh dan popular. Justeru, ini satu jihad TV bagi memastikan produk dan usahawan Islam berkembang bukan sahaja untuk dikenali di negara ini.

Malah, sebagai persediaan agar usahawan dan produk mereka turut menjadi sebahagian daripada aset industri yang bertrilion nilainya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s