BEKALAN KELAPA DIJANGKA MENCUKUPI UNTUK AIDILFITRI

KELAPA

BAGAN DATOH, 30 Jun –┬áBekalan kelapa di pasaran tempatan daripada Bagan Datoh bagi menampung permintaan pengguna sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri kali ini dijangka mencukupi.

Seorang peraih kelapa dari Bagan Pasir, di sini, Ramli @ Ariffin Alias, 62, berkata bekalan kelapa dari kawasan penanaman utama kelapa negara itu mencukupi untuk kegunaan sepanjang Ramadan dan menjelang Aidilfitri dengan harga yang menggalakkan, sekalipun bersaing dengan kelapa import dari Indonesia di pasaran tempatan.

Katanya sehingga kini beliau membekalkan lebih 100,000 biji kelapa bulat sepanjang bulan puasa dan perayaan ini kepada peruncit dan pemborong dari seluruh negara, terutamanya dari Kuala Lumpur yang datang membeli di kawasan perniagaannya.

“Tahun ini pengeluaran kelapa di ladang sangat menggalakkan kerana tidak berdepan penyakit. Namun begitu saya jangkakan akan berlaku lambakan kelapa kerana persaingan kelapa import dari Indonesia yang memenuhi pasaran tempatan menyebabkan perjalanan urus niaga kelapa bulat tempatan agak lembab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pusat edaran kelapanya di Batu 18, Bagan Pasir dekat sini semalam.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s