JOHAN CEO BAHARU TABUNG HAJI

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Lembaga Tabung Haji melantik Datuk Johan Abdullah sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Julai.

Tabung Haji dalam satu kenyataan hari ini berkata Johan menggantikan Tan Sri Ismee Ismail yang menamatkan perkhidmatannya pada akhir bulan Jun selepas berkhidmat lebih sedekad menganggotai lembaga pengarah.

Johan memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Morehead State University dan ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Eastern Michigan University.

Sebelum menyertai Tabung Haji sebagai Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO pada 15 Jan tahun lepas, beliau berkhidmat sebagai Pengarah urusan dan CEO BIMB Holdings Bhd sejak Mei 2008.

Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan kanan di Bursa Malaysia Bhd dan memiliki pengalaman luas dalam bidang kewangan korporat, pasaran modal dan kewangan Islam.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s