SEMAK PENYATA AKAUN BAYARAN PTPTN

ptptn-logo

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Peminjam yang membuat bayaran bagi pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dinasihatkan menyemak penyata akaun masing-masing dari semasa ke semasa secara dalam talian.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata peminjam perlu membuat aduan secara dalam talian sekiranya transaksi yang dibuat masih belum dikemas kini selepas tempoh tiga hari bekerja.

“Aduan boleh dibuat dengan melayari laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my/. Peminjam hanya perlu menekan ikon Aduan dan mengikut arahan yang disediakan di laman itu.

“Aduan yang dikemukakan akan dikendalikan pegawai PTPTN di Ibu Pejabat PTPTN yang akan berurusan secara terus dengan pengadu sehingga masalah atau aduan berkenaan diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut Mastura, peminjam serta pelanggan juga boleh menggunakan saluran tersebut bagi membuat sebarang aduan berkaitan perbadanan itu.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bekas pelajar bidang fotografi dari Segi College, Subang Jaya Safura Foo telah membuat bayaran penuh RM18,449.35 pada Mac tahun lepas.

Namun dia disekat ke luar negara oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana namanya masih dalam senarai hitam jabatan itu pada Mei lalu kerana dikatakan masih mempunyai tunggakan pinjaman PTPTN lebih RM3,000.

Justeru Mastura mengingatkan mana-mana peminjam yang ingin ke luar negara agar membuat semakan status perjalanan dalam tempoh tujuh hari sebelum tarikh perjalanan bagi mengelak sebarang kesulitan.

“Bagi membolehkan pelepasan ke atas peminjam yang disenarai hitam, mereka perlu membuat bayaran keseluruhan hutang pinjaman atau tunggakan termasuk semua kos yang dikenakan atau membuat bayaran mengikut jumlah yang dipersetujui PTPTN.

“Mereka juga boleh membuat rundingan dengan PTPTN sekiranya tidak mampu membuat bayaran mengikut jadual,” katanya.

Beliau berkata semakan senarai hitam boleh dibuat melalui portal rasmi PTPTN atau JIM, talian careline PTPTN 03-2080 4455 dan hadir di kaunter PTPTN atau JIM.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s