TIGA WAJAH PALING TRENDING BAWA PESAN RAYA DI TV ALHIJRAH

Sebagai wajah terbaharu suara dakwah TV Alhijrah, Datuk Ustaz Kazim Elias akan muncul dengan konsep istimewa sempena Aidilfitri. Program 30 minit yang dihoskan penceramah popular ini akan disiarkan setiap Sabtu dan Ahad 9.00 malam. Baru sebulan bersiaran, program kendalian Ustaz Kazim kini antara tontonan paling top dalam senarai.

Sempena Syawal, Ustaz Kazim muncul bersama tetamu khas – Datuk Ustaz Najmuddin, abang kandungnya. Kedua-dua penceramah tersohor ini akan membincangkan fadhilat Aidilfitri.


Amat penting untuk umat Islam menghayati semangat Syawal agar keraiannya menepati kehendak Allah yang memuliakan Syawal sebagai Bulan Kemenangan.
Apakah isi kuliah kedua-dua pendakwah ini? Jangan terlepas – pastikan anda bersama TV Alhijrah pada Sabtu dan Ahad ( 8 dan 9 Julai) jam 9.00 malam.
Program slot 30 minit ini juga tidak akan sempurna tanpa pelopornya, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.


Ustaz Don turut menyediakan pelbagai kandungan menarik dalam mendidik umat Islam meraikan Syawal sejajar dengan amalan Rasulullah.
30 Minit Ustaz Don akan bersiaran setiap Rabu, Khamis dan Jumaat jam 9.00 malam.
Apalah meriahnya Aidilfitri di TV Alhijrah kalau tanpa siri motivasi Syamsul Debat. Cuma untuk siaran Hari Raya, tidak akan meletup program ini kalau tidak ditampilkan dengan gimik menarik.


Sebagai motivator paling trending di media baharu, anak muda kelahiran Batu Kikir ini pasti dinantikan semua peminatnya. Pasti ada relung kehidupan dan renung perubahan yang bakal disajikan secara berjenaka oleh Syamsul Debat yang terkenal dengan konsep Jenaka Sinis Tapi Manis.
Malah, TV Alhijrah menyediakan siaran khas program Syamsul Debat selama enam hari berturut-turut bagi memastikan keraian Syawal ini diisi dengan peringatan dan teguran oleh motivator yang terkenal dengan jenaka komedi loghat Minangkabau.


Syamsul Debat Istimewa Syawal akan bersiaran pada Raya Pertama sehingga Raya Ketiga jam 11.00 pagi dan 11.30 pagi.
Manakala siaran ulangan Syamsul Debat pada Raya Keempat sehingga Raya Keenam jam 12.00 tengah hari dan 12.30 tengah hari.
Siaran ulangan juga ada pada Raya Pertama hingga Raya Ketiga jam 9.30 malam. Raya Keempat jam 10.30 malam dan Raya Kelima & Keenam jam 9.30 malam.


Syamsul Debat Istimewa Syawal khas dari Balai Bomba Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.
Raikan Syawal Bulan Kemenangan bersama TV Alhijrah.
#SegalanyaBermulaDiSini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s