MARK ADAM, REMY ISHAK & ABAM BOCEY MERIAHKAN SYAWAL BULAN KEMENANGAN

Sesuai dengan matlamat menjadikan dakwah itu sebagai tali persaudaraan, sambutan Aidilfitri dengan tema #SyawalSatuKemenangan menampilkan kepelbagaian wajah dalam program TV Alhijrah.


Malam Hari Raya akan dimeriahkan dengan program tahunan yang dihoskan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid – Kemenangan Syawal.


Program tiga jam dari Laman Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur ini akan bersiaran dengan sesi kasual dan santai tetapi penuh dengan nasihat mengenai cara meraikan Hari Raya menurut unjuran Islam. Ustaz Don Daniyal bersama Fadzli UNIC dan Farahanim akan mengendalikan pelbagai segmen bersama tamu undangan.


Program ini mula bersiaran pada malam raya (5 Julai) jam 11.00 malam hingga 2.00 pagi (6 Julai). Selain sesi mengupas sirah dan hadis berkaitan Syawal, penonton akan diraikan dengan muzik unplugged bertemakan lagu-lagu raya nyanyian pelbagai grup buskers yang diundang dari seluruh negara.


Pagi 1 Syawal (6 Julai) pula, program bual bicara Assalamualaikum akan mula bersiaran seawal 7.00 pagi dengan lintas langsung solat Aidilfitri dari Masjid Negara.
Sempena 1 Syawal, Assalamualaikum turut melancarkan wajah baharu program yang memasuki tahun ke tujuh bersiaran. Set terkini berkonsepkan fasad mimbar masjid dengan tema warna putih biru yang melambangkan Islam sebagai agama yang cintakan kebersihan dan ketenangan.


Pada Raya Pertama & Kedua juga, tiba masa program Klinik d’Hijrah mengisi satu lagi pembaharuan. Program yang sebelum ini bersiaran setiap hari pada 7.00 pagi, diberi penghormatan bersiaran pada waktu puncak jam 8.30 malam sempena Aidilfitri Kedua dan Ketiga.
Mark Adam, penyanyi popular yang melafazkan syahadah dua tahun lalu dijemput sebagai bintang undangan Klinik d’Hijrah untuk berkongsi pengalaman baharunya menyambut Hari Raya sebagai muslim.


Selain pelat slanga Bahasa Inggeris apabila berbahasa Melayu, Mark Adam menceritakan pelbagai peristiwa lucu apabila dia belajar berpuasa dan beraya. Malah, walaupun sudah bergelar muslim – Mark Adam mendedahkan, dia sentiasa menyayangi ibunya. Walaupun berjauhan ribuan batu, serta ibunya seorang Kristian dan tinggal di Filipina – dia menelefon ibunya setiap hari.


Selain Mark Adam, bintang kacak Remy Ishak turut hadir berkongsi pengalamannya meraikan Aidilfitri sejak zaman kanak-kanak di kampung hinggalah ke tahun-tahun bergelar artis glamor.


Selain bintang pop, Klinik d’Hijrah turut menjemput pendakwah Ustaz Azman Syah Alias dan motivator tersohor, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah.
Klinik d’Hijrah juga menyediakan ruang istimewa kepada grup selawat kontemporari terkenal – Caravan of Praise.
Banyak yang mahu dikongsikan dalam Klinik d’Hijrah yang akan bersiaran pada 8.30 malam Hari Raya Pertama dan Kedua (6 & 7 Julai).


Pelawak popular dengan taglines Gemuk Is Awesome, Abam Bocey pula akan muncul dalam program nombor satu TV Alhijrah – Syamsul Debat. Dengan marathon dua episod sehari – program paling trending di media baharu ini akan bersiaran tiga hari berturut bermula 1 Syawal pada 11.00 dan 11.30 pagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s