RAIKAN KEMENANGAN SYAWAL BERSAMA BUDAYA ILMU DI TV ALHIJRAH

Dengan senarai ilmuan terbilang tempatan dan barisan nama-nama ulama tersohor dari seluruh pelusuk dunia Islam – TV Alhijrah menyusun kandungan program Aidilfitri dengan semangat Meraikan Kemenangan Syawal Dengan Semangat Umat Berilmu.


Dua program ilmu yang popular – Pentas Dakwah dan Reflection menyediakan kandungan perbincangan khas dengan mengambil iktibar kedatangan Syawal sebagai penyuluh kemenangan.


Kehadiran Syeikh Muhammad Yahya An Ninowy bersama Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Raja Nazrin Shah, akan menjelaskan mengenai, Syawal sebagai bulan rahmat kegembiraan selepas sebulan perjuangan ibadah puasa sepanjang Ramadan.
Erti kemenangan Syawal tidak sempurna tanpa amalan saling bermaafan.
Syeikh Muhammad Yahya An Ninowy turut bersama tamu Prof Datuk Dr Muhaya Mohammad – membincangkan soal kesihatan dan pemakanan dan ibadah selepas Ramadan.


Jadikan dapatkan tips amalan meraikan Syawal melalui program Reflection yang bersiaran pada 9 Julai (Sabtu) jam 11.00 malam. 


Sempena #SyawalBulanKemenangan, TV Alhijrah turut menyediakan episod khas bagi siri bual bicara Pentas Dakwah.
Topik program bual bicara popular ini akan memperkatakan secara terperinci mengenai makna Hari Raya dan cara meraikannya berdasarkan syariat Islam.


Pentas Dakwah akan bersiaran pada 9 Julai (Sabtu) 11.00 malam.
Moga anda semua terhibur kerana #SegalanyaBermulaDiSini!
Raikan #SyawalBulanKemenangan sepanjang Syawal ini TV Alhijrah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s