FARAHANIM BERKEMBARA HAYATI SYAWAL DI TAIPEI


Si cantik manis berwajah lembut dengan sepasang mata bundar ini pasti dianggap gadis konservatif yang suka memerap di rumah. 


Ketrampilan yang sentiasa ayu serta suka berdandan, pastinya tiada siapa menjangka, model busana muslimah ini sanggup terbang merentas lautan ke bumi penganut Buddha/Tao untuk menikmati suasana Hari Raya.


Tapi itulah Farahanim Razak – dalam lembut serta penuh pesona – gadis kelahiran Pahang ini sebenarnya sukakan cabaran. Malah, gemar merentas sempadan bangsa dan agama untuk mencari pengalaman.


Setelah tiga tahun menghoskan program Soal Wanita di TV Alhijrah – kali ini hos berusia 26 tahun ini memilih tema Aidilfitri di Taipei untuk siaran khas sempena Syawal.


Farahanim memilih menziarahi Yusnita Alimin, antara 100 ribu saudara muslim yang tinggal di Taiwan – negara Pulau konservatif Cina Mandarin.


“Tidak lengkap ke Taipei tanpa singgah di Grand Mosque,” kata Farahanim.
Grand Mosque memainkan peranan sebagai tempat berkumpul umat Islam si Taipei. Masjid ini juga lokasi makanan halal.
“Pusat sembelihan dibina di sebelah masjid ini,” kata Farahanim.
Farahanim turut meninjau kehidupan ibadah umat Islam di sekitar Taipei sambil mendengar penjelasan Imam Besar, Ibrahim Chao.
“Imam Ibrahim mengendalikan Persatuan Cina Islam Taipei, yang turut berperanan sebagai organisasi bertauliah pengeluar sijil halal di Taiwan,” kata Farahanim.


Walaupun umat Islam hanya 0.3 peratus populasi Taiwan, dengan majoriti 80 ribu adalah pekerja dari Indonesia.
“Seperti di negara kita, umat Islam Taiwan turut mengamalkan budaya saling berziarah selepas menunaikan solat Aidilfitri,” kata Farahanim dengan senyuman manja.


Ikuti kembara #SyawalBulanKemenangan bersama Farahanim di Taipei dalam Soal Wanita pada malam Hari Raya, Selasa 6 Julai jam 10.05 malam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s