IDEOLOGI WOODSTOCK & KEGANASAN DAESH


Steve Jobs akan terus dikenang sebagai Bapa Teknologi Informasi pada era moden. Jobs pelopor kemerdekaan maklumat sejak era kebangkitan menuntut hak awam mendapatkan berita yang benar. 


Jobs bersama Tim Cook pengasas Apple, antara generasi Woodstock Amerika Syarikat (AS) sejak era Hippies yang menentang campur tangan ketenteraan AS dalam Perang Vietnam.


Hippies dan gerakan Woodstock lebih diingati dengan imej hitam penggunaan dadah dan seks bebas. Juga imej ngeri anak muda berambut panjang serta tidak berkasut.


Woodstock bangkit di pekan kecil Ashbury, sebelum menjalar seluruh AS dengan pembabitan puluhan ikon muzik yang menyebarkan ideologi anti-perang pada tahun 1967 hingga dekad 70-an.
Jobs bersama Tim Cook waktu itu hanya anak muda yang terseret sebagai pengikut Woodstock cetusan ikon muzik termasuk John Lennon, Jimmy Hendrix, Chuck Berry, Jim Morisson dan Janis Joplin.


Ikon hiburan lebih berpengaruh kerana muzik Hippies mengetuai pemberontakkan terhadap realiti politik AS. Manipulasi Rumah Putih serta kepimpinan Washington dan Pentagon dituduh menipu rakyat dalam menyampaikan berita mengenai Perang Vietnam.


Ketika puluhan ribu anak muda dalam tentera AS mati di Indochina, White House menyampaikan berita fantasi dengan laporan yang hanya menggambarkan kejayaan AS.


Seperti ejen media Adolf Hitler dalam Nazi pada Perang Dunia Kedua, rakyat AS melihat Pentagon hanyalah alat White House yang menyebarkan maklumat palsu bertujuan menipu rakyat AS.


Ketika era Perang Vietnam, gerakan anti perang sudah menyebarkan kesedaran mengenai kesan kemusnahan akibat Perang Dunia Kedua terhadap peradaban manusia. Realiti lebih 20 juta nyawa terbunuh sepanjang 1941 hingga 1945 menimbulkan kesedaran baharu.
Walaupun gerakan Woodstock dan Hippies akhirnya musnah kerana pengaruh dadah dan seks bebas – Jobs dan Cook antara anak muda yang berjiwa besar. Mereka bebas dadah, dan membawa semangat gerakan itu melalui satu sumpah: *Kami akan pastikan selepas ini maklumat adalah milik rakyat*.


Jobs dan Cook membuka jenama Apple dan mencipta tekologi komputer yang menjadi nadi bagi mencapai realiti tersebut. Dibantu oleh pesaing mereka Bill Gates, pengasas Microsoft. Sekali pun bersaing, akhirnya agenda Woodstock dan Hippies berjaya direalisasikan. Komputer tercipta – teknologi internet melengkapkan lagi pencapaian tersebut.
Pada awal 90-an dunia internet sudah berjaya merobohkan empayar maklumat konvesional. TV, radio dan akhbar yang dikuasai secara langsung oleh kerajaan atau instutusi pro kerajaan berada di penghujung jalan. Gerakan maklumat dari rakyat untuk rakyat melalui aplikasi komputer dan komunikasi bebas di internet, menjadikan kuasa maklumat mencapai tahap kebebasan maksimum di tangan masyarakat awam.
Kehadiran sumbangan generasi baharu makin melengkapkan era bebas ini. Dari era emel kepada era lebih strategik seperti blog, skype, facebook, twitter, instagram sampailah ke era radio dan operasi TV individu.
Akhirnya, empayar media konvensional mulai hilang penguasaan.
Cuma Jobs serta ikon gerakan Woodstock dan Hippies seperti John Lennon dan Janis Joplin pasti tidak akan menyangka: Betapa kebebasan maklumat di tangan rakyat, akhirnya membawa kemusnahan teruk kepada peradaban manusia. Malah, korbannya kini berselerak dalam bumi AS sendiri.


Kemunculan pelbagai kumpulan militan yang menggunakan era kebebasan maklumat melalui teknologi canggih ini, berjaya menyebarkan ideologi jahat dari rakyat kepada rakyat. Akhirnya, penyebaran kejahatan ini mencetuskan krisis pembunuhan massa.


Hari ini, sejak September 2001 – bermula dari Al Qaeda dengan operasi merampas kapal terbang dan dijadikan bom hayat untuk memusnahkan Pusat Dagangan Antarabangsa (WTC) di New York yang membunuh lebih 3000 nyawa – sampailah ke serangan pub gay di Philidelphia Jun lalu yang membunuh 48 orang – kebebasan maklumat mula menciptakan ketakutan luar biasa.


Pengganas Daesh kini menikmati kekebasan maklumat untuk memusnahkan dunia!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s