MAQASID SYARIAH: PERANGI DAESH SATU JIHAD

IS2

Sejak wujud pada 2014 – Daesh atau ISIL atau nama asalnya Caliph State – dilihat sebagai sensasi baharu selepas Arab Spring yang melanda secara domino dan berjaya meruntuhkan kerajaan Tunisia, Algeria, Mesir dan Libya bermula 2011. Manakala kebangkitan di Syria pula menjerumuskan negara itu dalam perang saudara yang berpanjangan sejak 2012.
Keghairahan membincangkan isu Arab Spring yang impaknya sempat menjalar ke Jordan dan Bahrain tetapi gagal menumbangkan kerajaan monarki – diperkatakan secara meluas kerana kesannya yang dibimbangi menghuru-harakan dunia Islam.
Iraq yang sudah sedia huru-hara lebih awal setelah Rejim Tentera pimpinan Saddam Hussein ditewaskan Tentera Perikatan, menjadi tapak bermulanya gerakan ekstrimis militan pimpinan Abu Bakar Al Baghdadi – sebelum menular ke Syria dengan sokongan kumpulan anti Bashar Al Assad.
Dunia Islam lebih cenderung melihat perkembangan Aras Spring dengan pandangan pro dan kontra; termasuk dalam isu sokongan Barat terhadap kebangkitan demonstrasi jalanan.
Kini selepas lima tahun, isu Arab Spring sudah melantun jauh ke dalam longkang atau ditenggelami debu gurun di Utara Afrika atau ditelan ombak Laut Mediteranean.

IS3
Sejak Oktober 2014, apabila Daesh muncul dengan tindakan militan yang mengerikan termasuk siri penyembelihan dan pembunuhan massa terhadap rakyat Iraq dan Syria – serta impak ideologinya merebak ke serata dunia termasuk di kalangan minoriti Islam di Eropah, dunia tersentap.
Kumpulan yang awalnya mengangkat senjata menentang Bashar atas nama Gerakan Sunni yang membalas dendam terhadap Rejim Tentera dokongan Parti Baath yang dituduh berfahaman Syiah – tiba-tiba berubah. Keganasan Daesh menjadi ancaman sejagat. Laporan perisikan CIA menyebut ribuan pengganas Daesh adalah warga asing. Malah, 6,000 pengganas berasal dari Eropah.

IS4
Bukit Aman pula mengesahkan lebih 200 rakyat Malaysia menyertai Daesh di Syria dan Iraq. Lebih dramatik, 20 maut dalam pertempuran. Enam bertindak sebagai pengebom bunuh diri.
Keganasan Daesh memuncak pada Ramadan kali ini dengan 800 kes pembunuhan dengan empat siri serangan di luar Iraq dan Syria yang membunuh 200 orang awam.
Daesh melalui penyokong ideologi Negara Khalifah berjaya melakukan pembunuhan massa di Philidelphia Amerika Syarikat, Ankara Turki, Dhaka Bangladesh dan Madinah Arab Saudi. Ini tidak termasuk dua serangan bom di Kuala Lumpur dan terkini di Solo Indonesia.
Persoalannya: Masihkan kita beranggapan isu Daesh ialah isu perang negara Barat untuk menghapuskan gerakan ekstrimis Islam yang bercita-cita menguasai dunia melalui perang militan?

CIA

CIA

CIA melalui campurtangan langsung di Arab Saudi serta menggunakan tenteranya di Iraq dilihat sebagai pihak yang sepatutnya memerangi Daesh. Tiada sebarang usaha konstruktif di kalangan negara-negara Islam untuk bertindak secara kolektif memerangi Daesh walaupun sejak 2014, sel keganasan militan ini sudah dikesan menular berleluasa di banyak negara-negara Islam, malah yang jauh dari Iraq dan Syria.

Pengeboman di Puchong

Pengeboman di Puchong

Serangan di Puchong mengesahkan Malaysia sudah terancam secara terbuka dengan kesannya mula terarah untuk meragut nyawa orang awam. Walaupun sebelum kejadian di Puchong, Bukit Aman sudah menahan 193 orang disyaki ada kaitan dengan Daesh. Polis juga sudah menggagalkan sembilan percubaan serangan bersenjata yang dirancang ke atas pelbagai lokasi.
Banyak negara Islam masih beranggapan, tanggungjawab menghapuskan Daesh di peringkat global di bahu AS.
Tangkapan 15 suspek selepas serangan di Puchong memberikan gambaran sel pengganas Daesh memang berupaya melakukan sesuatu yang lebih dahsyat berbanding sekadar melontar sebiji bom tangan yang mencederakan 4 pelanggan pusat hiburan tersebut. Malah, Bukit Aman mengesahkan: Matlamat sebenar serangan pada malam itu menyasarkan pusat hiburan yang lebih padat pengunjung. Namun, sasaran berubah apabila premis itu ditutup.

polis
Dengan senarai suspek yang ditahan merangkumi pelbagai lapisan umur dan latar belakang termasuk dua anggota polis, kita sebenarnya sudah berada dalam situasi: Negara sasaran strategik Daesh setaraf AS, Eropah dan Turki. Madinah kota suci pun sanggup dibom Daesh – inikan pula Kuala Lumpur!
Hentikan sebentar sengketa politik tanahair yang menyakitkan kepala. Hentikan sebentar debat khilaf para ulama yang selama ini sudah cukup membingungkan orang awam. Kita buang dahulu hal-hal drama politik dan masalah kecenderungan ulama saling bercakaran!
Isu keganasan Daesh sudah terang dan nyata. Tindakan keganasan mereka melengkapi lima ancaman terhadap keutamaan Maqasid Syariah. Bukan Daesh sedang menghancurkan agama, membunuh nyawa, merosakkan harta benda, mengancam akal (melalui ideologi nyawa umat Islam yang menentang mereka halal dibunuh) dan keturunan kita?
Segeralah mulakan langkah!

Kita perlukan perpaduan dan persefahaman luar biasa untuk menangani dan memerangi Daesh. Kita tidak boleh lena. Tindakan harus bermula hari ini. Syawal wajar dirayakan – tetapi perayaan bukan alasan untuk menangguhkan tindakan drastik demi menyelamatkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda.

Berdasarkan Maqasid Syariah: Menentang Daesh satu jihad!

Fikirkanlah. Tetapi rasanya kita sudah terlewat!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s