TV Alhijrah melakar sejarah tersendiri apabila menerima 128 kali ganda permohonan bagi mengisi 33 jawatan yang ditawarkan.


TV Alhijrah melancarkan Kempen Iklan bagi mengisi pelbagai jawatan strategik pada Mei lalu.
Kempen enam minggu itu dilancarkan sebagai usaha mencari bakat baharu untuk berkhidmat dalam pelbagai jawatan profesional dalam bidang penyiaran dan pembekal kandungan.


Setelah seminggu tarikh tutup permohonan pada 24 Jun lalu, lebih 800 permohonan melalui pos dan 3600 permohonan melalui email diterima.
Ini bermakna lebih 4,400 permohonan dan purata 128 calon bagi setiap jawatan!


“Petang tadi saya sempat meninjau proses mengkluster permohonan mengikut jawatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar.


Menurut Izelan yang memulakan tugas menimpin stesen TV Islam Nombor Satu di negara pada 1 April lalu, Bahagian Sumber Manusia kini mula mengenal pasti senarai pendek bakat terpilih untuk panggilan temuduga.
“Kami sedang membuat tapisan dan mengenal pasti resume calon yang berpotensi,” kata Izelan.


Izelan yang berpengalaman selama 25 tahun dalam dunia penyiaran, serta pernah berkhidmat di pelbagai stesyen TV antarabangsa meminta: “Pada semua calon, doakan moga Allah mudahkan rezeki anda di TV AlHijrah, Insyaallah.”


Menerima 4,400 permohonan dalam tempoh enam minggu adalah sesuatu yang luar biasa. Menerima 90 peratus permohonan dari Gen Y menjadi petunjuk: “Gen Y memberikan perhatian yang serius terhadap perjuangan TV Alhijrah!”