RASUAH: SARJAN POLIS DIPENJARA EMPAT TAHUN

pdrm

SHAH ALAM, 19 Julai – Seorang sarjan polis dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua tuduhan memperoleh rasuah RM1,000 sebagai dorongan untuk menyelesaikan satu kes dadah.

Mohd Faridzuddin Hamzah, 26, bagaimanapun hanya perlu menjalani hukuman penjara empat tahun berkuat kuasa hari ini setelah Hakim Asmadi Hussin memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak.

Asmadi turut memerintahkan lelaki itu dipenjara enam bulan lagi sekiranya dia gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu ketika dia bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, iaitu menerima rasuah RM500 pada 8.15 malam, 5 Mac 2014 di IPD berkenaan dan menerima suapan RM500 pada 9.20 malam di sebuah restoran di Sri Petaling dekat sini, pada 1 April 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Sementara itu, dalam prosiding sama, Asmadi melepas dan membebaskan tertuduh daripada satu lagi pertuduhan memperoleh rasuah RM500 daripada seorang individu bagi tujuan sama atas alasan pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Terdahulu, peguam Salim Bashir yang mewakili Mohd Faridzuddin memohon mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara ke atas anak guamnya atas alasan terdapat isu undang-undang dalam kes itu yang perlu dihujahkan.

Asmadi membenarkan permohonan itu dengan syarat tertuduh menjelaskan bayaran denda RM20,000 dan melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan. Beliau juga memerintahkan tertuduh memfailkan notis rayuan selewat-lewatnya Jumaat ini dan menaikkan wang jaminan daripada RM8,000 ke RM15,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohammed Heikal Ismail.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s