SEJADAH AJAR SOLAT?

sejadah solat

Selama ini, kita sentiasa dimomokkan dengan kisah sejadah sujud, sejadah berdiri dan pelbagai lagi kisah sejadah. Rata-rata melibatkan kisah misteri sejadah-sejadah di masjid atau surau. Belum lagi hal-hal tahyul dan khurafat berkaitan sejadah hitam.

Abaikan cerita misteri berkaitan sejadah. Hari ini, lebih hebat. Sejadah sudah boleh bercakap! Tetapi bukan hal-hal mistik tetapi hal fardhu ain; lebih tepatnya, hal solat.

Sajada, merupakan sejadah interaktif mengajar solat. Produk ini dikeluarkan khas untuk mengajar anak-anak solat dengan betul. Dicipta untuk menarik minat kanak-kanak seawal usia 4 tahun untuk mengenal dan mempraktikkan rukun Islam yang kedua itu. Sejadah ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia dan mungkin juga di dunia.

Sajada didatangkan dengan Smart Panel yang turut dilengkapi kompas qiblat. Smart Panel memberi petunjuk kepada setiap rukun solat termasuk perkara sunat seperti doa iftitah dan bacaan surah selepas surah Al-Fatihah.

Anak-anak mudah hilang fokus ketika belajar, apatah lagi rakaat solat. Antara kelebihan lain yang ada pada Sajada ialah sistem kiraan rakaat. Sensor pula melengkapkan kelainan pada produk ini kerana mampu mengeluarkan bunyi jika anak-anak tersilap dalam rukun solat. Sajada merupakan kit belajar solat yang baik untuk kanak-kanak.

Video ini dihasilkan untuk mempromosi Sajada, telah mendapat 900 kongsian di laman Facebook dan sambutan hampir setengah juta penonton.

“Sejuk perut mak mengandungkan kau”, itu mungkin reaksi ibu bapa melihat anak-anak sudah pandai bersolat. Tetapi, itu bukan bermakna tanggung jawab mendidik itu diserahkan kepada sejadah itu semata-mata.

Lihat pula pada post Facebook terbaru dari Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau sempat merakam aksi anaknya solat bersama kawan-kawan yang datang beraya di rumah.

fbawd

Pendidikan solat akan lebih interaktif jika ibu bapa turut berinteraksi dalam menegakkan tiang agama itu dalam hati anak-anak.

Kalau begini, baru sejuk perut mak kamu!!

awd

Affan, anak kepada Dr. Asyraf Wajdi bersolat bersama rakan-rakan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s