smule

Suara yang sangat merdu. Lagu yang sangat tinggi. ‘Lirik’ yang sangat indah. Sukar untuk menandingi video Smule gandingan Fakhrul UNIC dan Fathur Ismaeel.

Fakhrul UNIC, antara selebriti tanah air yang menggunakan aplikasi Smule untuk memperdengarkan suara merdu mereka dengan berduet bersama peminat.

Baru-baru ini, penyanyi nasyid itu memuat naik video duet dengan seorang pengguna Smule dari Indonesia dengan nama Fathur Ismaeel.

Namun video ini memang berbeza. Kalau kebiasaan, lagu nyanyian yang dimuat naik, tetapi kali ini, ayat suci Al-Quran yang ‘didendangkan’. Lengkap dengan taranum dan tajwid.

Ramai yang sudah maklum dengan suara lunak Fakhrul yang juga seorang qari. Tetapi apa yang memeranjatkan ialah suara Fathur Ismaeel. Dengan rambut gaya K-Pop, tiada siapa sangka suara Fathur Ismaeel memang ‘menggegarkan’.┬áSuara Fathur Ismaeel juga mirip suara allahyarham Ustaz Asri Rabbani.

Walaupun tiada minus one mengiringi ‘lagu’ mereka, duet mereka tetap memukau. Video ini dikongsi lebih 9,000 kali dan telah ditonton lebih 300 ribu di laman Facebook.

Fakhrul UNIC dan Fathur Ismaeel telah mengangkat taraf penggunaan aplikasi Smule ke tahap yang berlainan dan sukar ditandingi!