PUASA 6 : SALAHKAH JIKA TIDAK BERTURUTAN?

puasa 6

Syawal 1437H bakal melabuhkan tirainya kira-kira seminggu sahaja lagi. Bagi umat Islam yang mahu mengejar ganjaran pahala tambahan, inilah peluang terakhir untuk mereka melaksanakan ‘Puasa Sunat 6 Hari di Bulan Syawal’ bersesuaian dengan amalan Rasulullah s.a.w pada bulan tersebut.

Ganjarannya pula ada diterangkan dalam hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim yang berbunyi :

Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun”

Tetapi dalam keasyikkan kita melaksanakan ibadah itu, adakah kita tahu hukum sekiranya puasa sunat ini dilakukan secara tidak berturutan? Adakah puasa tersebut sah?

Ini jawapannya.

Dalam kitab Al-Majmu’, Imam Al-Nawawi Rahimahullah ada menyebut :

 “…dan disunatkan untuk berpuasa secara berturutan di awal Syawal. Sekiranya dipisahkan (tidak berpuasa 6 hari secara berturutan) ataupun diakhirkan puasa tersebut di dalam bulan Syawal, maka ianya dibolehkan…”

Manakala dalam kitab Al-Mughni Al-Imam Ibn Qudamah pula berakata :

“…tidak ada bezanya (menjadikan puasa tersebut) dilakukan secara berturutan ataupun dipisahkan samaada di awal Syawal ataupun diakhirnya kerana hadith menyebutkannya secara mutlaq tanpa dikaitkan dengan sesuatu yang lain…”

Berdasarkan dalil, hujah yang telah dikeluarkan oleh para ulama ternyata TIADA MASALAH jika puasa 6 yang diamalkan itu tidak berturutan harinya.

Dipetik dari Irsyad Fatwa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s