ALHIJRAH BIG STUDIO JENAMA BAHARU CYBERJAYA

ALHIJRAH BIG STUDIO @ Cyberjaya

KEMUNCULAN ALHIJRAH BIG STUDIO (ABS) DI CYBERJAYA BAKAL MEMULAKAN MOMENTUM BARU KE ARAH MELENGKAPKAN ATMOSFERA BANDARAYA DIGITAL NASIONAL ITU.


ABS akan mula beroperasi 1 Ogos ini sebagai studio pelbagai platform dengan fokus utama bagi memacu industri perfileman dan penyiaran program secara langsung di televisyen.

Berkeluasan 800 meter persegi, ABS antara studio terbesar di Asia Tenggara. Selain studio utama, lokasi ini turut memuatkan studio berkembar yang berkeluasan 250 meter persegi. Studio B ini akan menjadi studio rakaman program TV Alhijrah.

ABS akan mula dibuka kepada seribu tetamu eksklusif sempena Rumah Terbuka TV Alhijrah pada 2 Ogos. Senarai tetamu strategik ini mewakili operator TV, produser filem dan drama serta promoter majlis dijangka hadir meraikan Aidil Fitri serta melihat potensi kerjasama pihak industri berkepentingan dengan ABS.

Turut dijangka hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. TV Alhijrah selaku operator ABS turut mengundang 28 menteri kabinet serta ketua-ketua pengurusan organisasi strategik.

“Kami yakin, ABS akan menyelesaikan masalah utama industri penyiaran yang kekurangan studio siaran langsung program berskala besar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar.

Lawatan Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke Alhijrah Big Studio @ Cyberjaya

Pada majlis yang sama, Izelan akan mengumumkan kadar harga sewa runtuh ABS. Kadar promosi itu dijangka berakhir 31 Disember ini.

Pada 3.00 petang 26 Julai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengadakan lawatan ke ABS. Lawatan kerja itu turut ditemani Pengerusi TV Alhijrah, Tan Sri Yusof Noor.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s