​Alhamdulillah! ABS Sah Spot Islami Terkini di Cyberjaya

Menjelang 20 tahun kewujudannya sebagai bandaraya digital, Cyberjaya hari ini melengkapkan  sejarah sebagai metro multimedia dengan kewujudan AlHijrah Big Studio (ABS). Studio Siaran Langsung dan perfilemen itu, antara yang terbesar di Asia Tenggara.

Cyberjaya muncul dalam lanskap multimedia dunia pada Mei 1997, dengan aspirasi untuk setanding dengan Silicon Valley di California, Amerika Syarikat yang wujud sejak 1971. Cyberjaya selepas dua dekad, kini bertukar menjadi metro digital yang berkembang dan berfungsi sebagai antara spot utama Koridor Digital dunia.

Izelan Basar, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah

“Kehadiran ABS melengkapkan status Cyberjaya. Selain kelengkapan hardware yang menjadikan Cyberjaya spot pilihan, TV AlHijrah melengkapkan taraf metro digital ini dengan fungsi sebagai platform kandungan kreatif berpaksikan Islam,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar.

Majlis menandatangani pengambilan bangunan di Pesiaran Cyberview Selatan oleh AlHijrah Media Corporation dimeterai dengan Datuk Faris Yahaya, Pengarah Urusan, Cyberview Sdn. Bhd.

img_1372

ABS dengan keluasan 5000 meter persegi memiliki dua studio utama berkeluasan 800 meter persegi dan 250 meter persegi. Studio utama ABS akan berperanan sebagai spot global untuk industri perfileman Islami, manakala studio kedua akan digunakan bagi menerbitkan rancangan TV AlHijrah.

“Kami yakin berdasarkan graf pasaran, ABS mampu menjana RM2 juta setahun melalui sewaan ruang studio. Manakala, pembentukkan rakan strategik untuk segmen teknologi audio dan cahaya, mampu memberikan pulangan yang baik pada akaun kewangan tahunan kami,” kata Izelan.

Selain itu katanya, ABS akan dipromosi sebagai destinasi lawatan dan ziarah untuk pengunjung tempatan dan pelancong luar negara.

“Kami mahu kewujudan ABS diraikan sebagai spot kebanggaan Cyberjaya. Kami mahu orang memperkatakan mengenainya. Kami mahu dunia menghargainya sebagai nadi kandungan Islam,” kata Izelan.

Datuk Faris Yahaya, Pengarah Urusan Cyberview Sdn. Bhd bersama Izelan Basar, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Premis AlHijrah Big Studio (ABS) Cyberjaya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s