Kakitangan TV AlHijrah mendengar taklimat daripada Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar di AlHijrah Big Studio Cyberjaya

TV AlHijrah semakin dekat dengan matlamat menjadi stesyen TV yang berpaksi pada #IslamIsFirstClass melalui pemilikan aset Al Hijrah Big Studio (ABS) di Cyberjaya.

ABS dengan studio 800 meter persegi adalah yang terbesar di Lembah Klang. Sekaligus antara yang terbesar di Asia Tenggara.

Studio A yang dibangunkan khas sebagai aset perfileman dan platform program premier akan dikendalikan untuk sewaan industri perfileman dan penerbitan TV.

“Ini anugerah Allah untuk memudahkan usaha dakwah kita,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHIjrah, Izelan Basar

Izelan berkata, ABS akan menjadi legasi baharu TV AlHijrah dalam usaha menjadi lebih kompetitif dalam persaingan industri penyiaran.

“Studio ini juga akan menjana pendapatan bagi mengukuhkan buku kewangan tahunan TV AlHijrah,” katanya pada sesi Pertemuan Menjelang Majlis Hari Raya, esok 2 Ogos.

Persediaan menjelang Majlis Hari Raya di AlHijrah Big Studio, 2 Ogos 2016
afc43273-04ce-4376-94d0-dddbacf088bc