Jemaah haji pertama dari Malaysia tiba di Madinah

Bermula 4 Ogos setelah berlepas pesawat MH8000 dari KLIA dan mendarat di Madinah bersama 489 jemaah – berita Musim Haji membuka jendela. 

Ziarah ke Bukit Magnet di Madinah

Minggu pertama Musim Haji akan dipenuhi laporan ziarah, kunjungan ke destinasi menarik di sekitar Madinah dan Mekah. Laporan ziarah ini memberi peluang penonton mengenai Madinah dan Mekah secara lebih dekat.
Dalam sepuluh hari dijangka lebih lima ribu jemaah Malaysia akan berada di Tanah Suci. Pada waktu ini, fokus laporan Musim Haji tertumpu pada isu peraturan, peringatan keselamatan, nasihat kesihatan serta perkembangan pergerakan harian jemaah haji.
Anda perlu ikuti perkembangan ini. Selain fakta Musim Haji, nasihat berkaitan Rukun Ibadah Haji akan mula diperjelaskan. Ini mekanisma dua dalam satu. Mengikuti perkembangan berita dan mendalami Ilmu Haji.

Instagram

Di Instagram @tvalhijrah114, lima kru haji TV Alhijrah akan memuatnaik video dan foto laporan secara konsisten setiap hari. Laporan intensif ini sempena Kempen instagram @tvalhijrah114 untuk menjadi Instagram Nombor Satu Musim Haji 1437.

Instagram @tvalhijrah114

Ikuti laporan Instagram dan tunggu pengumuman: Kuiz Musim Haji TV Alhijrah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Hanya menjawab 17 soalan – anda berpeluang memenangi sebuah kereta, tiga motorsikal dan enam pakej umrah.