DR MAHATHIR MAHU SAYA JADI PERDANA MENTERI YANG IKUT ARAHANNYA – NAJIB

img_0489

JAKARTA, 6 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinannya sekarang adalah kerana beliau tidak mahu menjadi perdana menteri yang menerima “arahan” daripada bekas perdana menteri itu.

Katanya, serangan Dr Mahathir itu telah diduga kerana beliau mengetahui bahawa bekas perdana menteri itu juga adalah seorang yang “obses” dengan kuasa dan masih mahu membuat keputusan mengenai perancangan dan dasar-dasar negara.

“Dr Mahathir obses untuk mengawal dan saya pun dah mengenali beliau lama dan saya tahu saya cuma ada dua pilihan sebagai perdana menteri. Pertama saya merupakan perdana menteri yang merujuk kepada beliau, mendapatkan nasihat beliau. Saya kata nasihat tetapi mungkin arahan untuk melakukan kehendak beliau dari segi pentadbiran negara.

“Maknanya saya tidak akan menjadi perdana menteri yang terpaksa mendengar cakap dia… saya menjadi perdana menteri yang percaya kepada kepimpinan saya,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama MetroTv yang disiarkan di sini malam tadi.

TunM

Najib berkata, serangan Dr Mahathir terhadap kepimpinannya bermula apabila beliau tidak mahu menjadi perdana menteri yang hanya ikut arahan sebaliknya percaya dengan kepimpinan sendiri serta membuat pertimbangan berdasarkan kepada mandat rakyat dan parti.

“Sebab itu saya menjadi PM yang bertanggungjawab kepada rakyat membuat apa yang difikirkan yang terbaik untuk negara. Tetapi saya tahu Dr Mahathir tidak akan senang dengan saya, sebab sejarah membuktikan bahawa dia telah mencuba dan menolak dan membuang banyak tokoh dalam pemerintahan sejak dulu”.

Najib-Tun-Mahathir-650x400

Najib mengakui sememangnya Dr Mahathir adalah mentornya tetapi beliau juga mempunyai pertimbangan sendiri untuk melangsungkan kepimpinan negara. Katanya, Dr Mahathir kemudiannya telah menggunakan pelbagai cara untuk menjatuhkannya termasuklah meminta rakyat menjadikan dua pilihan raya kecil iaitu di kawasan Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak sebagai referendum untuk menolak kepimpinannya.

Beliau berkata, jika dua pilihan raya kecil itu dijadikan referendum, maka ia bermakna sokongan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan sekarang adalah semakin meningkat ekoran kemenangan besar Barisan Nasional dalam kedua-dua pilihan raya kecil tu.

Perdana menteri berkata, pihak yang tidak senang dengan kepimpinannya dan parti-parti pembangkang kemudiannya mempolitikkan isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) iaitu masalah perniagaan dalam syarikat itu.

Katanya isu 1MDB ialah masalah perniagaan dan kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi kelemahan yang ada termasuk menukar Ketua Pegawai Eksekutifnya dan menjalankan siasatan dalaman menerusi jawatankuasa Parlimen iaitu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Motifnya (mengalihkan isu perniagaan 1MDB menjadi isu politik) adalah jelas. Ada yang tidak suka dengan kepemimpinan saya, mereka cuba menjatuhkan saya kerana isu lain tidak begitu (mendapat) perhatian,” katanya.

Najib berkata, kenyataan daripada Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat secara jelas menyebut nama beberapa individu yang dikenakan tindakan saman sivil dan bukannya tuduhan jenayah serta tidak mengaitkan pihak kerajaan Malaysia.

“Kita adalah negara pertama yang menyiasat mengenai 1MDB dengan melibatkan polis, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan jawatankuasa Parlimen dan kita akan ambil tindakan untuk memperbaiki segala kelemahan dalam 1MDB.

“Rakyat yang akan menentukan apakah kehendak mereka dan saya yakin atas kebijaksanaan rakyat Malaysia untuk membuat pilihan pada saatnya (pilihan raya umum ke-14) nanti,” katanya.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s