Kanak-kanak sedang bertadarus di dalam Masjid Nabawi.

Media arus perdana akan menyiarkan semua laporan 4W 1H (What, Who, Where, When, How)

Kru TV Alhijrah bukan sekadar menjadi wartawan berita, tetapi turut menjadi ‘wartawan Instagram’.

Namun, anda mahukan kisah cool dan happening di Madinah dan Mekah?
Anda mahu sesuatu yang menyentuh mata dan mempersona hati. Anda mungkin sudah jemu dengan angka atau data.

Instagram rasmi TV Alhijrah @tvalhijrah114

Ayuh! Susuri Madinah dan Mekah dari perspektif isi hati dan mata murni jemaah haji, ikuti laporan Instagram @tvalhijrah114.

Seorang jemaah haji OKU.

Instagram ini menyediakan bingkisan berfoto, rakaman video pendek dan momen tersembunyi di Madinah dan Mekah.

Jalan yang mungkin pernah dilalui jemaah yang berpengalaman ke Madinah pasti mengimbau kenangan.

Bersama @tvalhijrah114. Paparan Instagram pertama berkonsep live dari Tanah Suci.

https://www.instagram.com/tvalhijrah114/