TERJUN BANGUNAN SELAMATKAN DIRI DARI KEBAKARAN

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Enam warga Indonesia nekad terjun dari tingkat dua sebuah bangunan rumah kedai di Jalan SS15/4 Subang Jaya untuk menyelamatkan diri dari kebakaran malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Hazinan Md Yusof berkata kebakaran berlaku di sebuah premis membuat pengiklanan di tingkat bawah bilik sewa mereka. Beliau berkata akibat tindakan mereka yang terdiri daripada lima wanita dan seorang lelaki, kesemua mereka mengalami kecederaan pada kaki dan pinggang dalam kejadian kira-kira 11 malam itu.

“Semua mangsa sedang tidur ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan. Punca kebakaran masih disiasat, kata Hazinan.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s