UMAT ISLAM FILIPINA DIGESA SOKONG DUTERTE

duterte

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Kedutaan Filipina menggesa warga Filipina beragama Islam yang berada Malaysia untuk menyokong kepimpinan Presiden Rodrigo R. Duterte, khususnya terhadap proses damai dan inisiatif pembangunan ekonomi untuk Mindanao.

Duta Besar Filipina di Malaysia J. Eduardo Malaya membuat gesaan itu pada majlis sambutan Aidilfitri dianjurkan kedutaan itu dan Union of Filipino Muslims in Malaysia, baru-baru ini. Tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang.

“Pentadbiran baharu di bawah pimpinan Presiden Rodrigo Duterte telah memberi keutamaan terhadap pembangunan Mindanao dan kebajikan orang Islam, peribumi suku Lumad dan penganut Kristian di sana.

“Sebagai anak jati Mindanao, beliau amat arif dengan keperluan di kawasan itu dan telah memberi perhatian terhadap semua sektor komuniti di Mindanao,” kata Malaya dalam ucapannya yang diedarkan kepada media menerusi kenyataan dan laman Facebook.

Menurut kenyataan itu, 10 anggota kerajaan Filipina (GPH) dan Pasukan Pelaksana Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan mengadakan pertemuan di Kuala Lumpur pada 13 dan 14 Ogos untuk memulakan usaha bagi pelaksanaan pelan damai Bangsamoro.

Delegasi GPH akan diketuai Setiausaha (Menteri) Jesus Dureza daripada Pejabat Penasihat Presiden bagi Proses Damai. Bagi Azman pula, beliau mengambil perhatian tentang hubungan kukuh antara Filipina dan Malaysia, dengan harapan hubungan akan bertambah kukuh lagi di bawah pentadbiran baharu itu.

“Saya berharap akan wujud lebih banyak peluang bagi kerjasama antara kedua-dua negara kita, lebih-lebih lagi Presiden Duterte adalah dari Mindanao, dan pastinya akan memberi perhatian terhadap kebimbangan di sana, termasuk kalangan warga Filipina beragama Islam,” katanya.

Pada majlis itu, barisan baharu pemimpin Union of Filipino Muslims in Malaysia mengangkat sumpah jawatan di hadapan Duta Malaya.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s