7,000 MASYARAKAT INDIA LAHIR SEBELUM MERDEKA DAPAT TARAF WARGANEGARA – PRESIDEN MIC

Dr-S.-Subramaniam

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Kira-kira 7,000 masyarakat India yang dilahirkan di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan telah mendapat taraf warganegara setakat ini, kata Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Katanya jumlah itu direkodkan antara lima hingga enam tahun menerusi pelbagai usaha yang dijalankan kerajaan antaranya program MyDaftar serta kempen Red IC di seluruh negara.

“Secara purata, mungkin berbaki lagi 15,000 yang belum mendaftar taraf warganegara. Maka proses ini akan diteruskan bagi selesaikan isu ini.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam pada Ulang Tahun MIC ke-70 telah memberi keyakinan kepada kita (MIC) untuk cari jalan selesaikan isu ini. Secara muktamad kita akan cari jalan penyelesaian segera,” katanya selepas menghadiri upacara keagamaan ‘Kalvi Yathirai’ anjuran Sri Murugan Centre, di sini hari ini.

Perdana menteri dalam ucaptama merasmikan Ulang Tahun MIC ke-70 semalam memberi jaminan bahawa sudah tiba masanya kerajaan menyelesaikan masalah masyarakat India yang gagal mendapat taraf warganegara walaupun dilahirkan di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan.

Najib berkata isu tersebut wajar diberi perhatian khusus memandangkan golongan berkenaan berhak mendapat taraf warganegara seperti penduduk kelahiran Tanah Melayu pada zaman sama.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata pihaknya berharap kerajaan memperhalusi proses pendaftaran warganegara masyarakat India dengan mengurangkan kerenah birokrasi bagi mempercepatkan proses tersebut.

“Ramai yang berulang kali memohon namun gagal disebabkan kerenah birokrasi. Saya akui masalah utama adalah dokumentasi di mana rekod kelahiran mereka telah hilang. Jika kerenah birokrasi dikurangkan, kita sasarkan isu ini selesai dalam tahun ini,” katanya.


injection2

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata saringan imunisasi bagi mengenal pasti murid yang tercicir daripada mendapat imunisasi lengkap akan dijalankan di semua sekolah rendah termasuk Sekolah Agama Rakyat dalam masa terdekat.

“Saringan merupakan jalan terbaik. Saringan akan dijalankan terhadap murid Tahun 4 sebelum mereka memasuki sekolah menengah. Malah saringan juga diperketat bagi murid Tahun 1. Kami akan gerakkan lebih ramai kakitangan untuk lancarkan proses saringan ini,” katanya.

Katanya, maklumat yang diperoleh daripada proses saringan itu akan direkodkan sebagai panduan kepada kementerian untuk tindakan lanjut berhubung perkara tersebut.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s