BANYAKKAN AKTIVITI DEKATKAN MASYARAKAT DENGAN MASJID

Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Perlis

KANGAR, 7 Ogos – Pengurusan masjid di Perlis disaran memperbanyakkan aktiviti yang boleh mendekatkan masyarakat khususnya golongan belia dengan institusi itu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis Dr Hazman Hassan berkata selain tempat umat Islam beribadat, masjid juga harus digunakan sebagai tempat untuk merapatkan perpaduan masyarakat setempat.

“Bagi menggalak anak-anak muda mendampingi masjid, pengurusan masjid hendaklah kreatif menganjurkan aktiviti yang dapat menarik mereka,” katanya semasa merasmikan mesyuarat agung Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini, hari ini

Beliau berkata masjid boleh menganjurkan kelas tuisyen percuma dan bimbingan bacaan al-Quran untuk golongan muda atau pelajar, dan mengajak mereka menunaikan solat cara berjemaah. Katanya Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail yang menubuhkan koperasi sendiri adalah contoh untuk mengajak masyarakat bergabung modal menjalankan perniagaan untuk kepentingan bersama.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s