SISTEM ‘SEWA DAN BELI’ BANTU RAKYAT MILIKI RUMAH

Gambar Hiasan

PORT DICKSON, 7 Ogos – Kabinet minggu lepas bersetuju melaksanakan sistem ‘sewa dan beli’ bertujuan membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata sistem sewa dan beli itu akan dilaksanakan di 170 kawasan Projek Perumahan Rakyat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.Beliau berkata pada peringkat pemulaan, lima kawasan iaitu satu di Kelantan, dua di Selangor, Negeri Sembilan (satu) dan Kuala Lumpur (satu) dibuka untuk tawaran sewa dan beli yang dijangka akan memanfaatkan kira-kira 4,000 keluarga.

“Kerajaan mengambil maklum bahawa ramai yang berpendapatan RM2,500 sebulan dan ke bawah layak untuk membeli rumah PPR ini namun mereka ini didapati tidak layak mendapat pinjaman bank.

“Kerajaan bersetuju bahawa rumah yang nak dijual itu kita buat sewa dan beli. Ini bagi memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Kejiranan Indah dan pelancaran program transformasi sosial di rumah pangsa Sri Bandar, dekat sini. Turut hadir Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique, Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan Datuk Jalaluddin Alias dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohammed Mentek.

Mengulas lanjut, Noh berkata mereka yang ditawarkan rumah menerusi sistem sewa dan beli yang berharga RM35,000 seunit bagi Semenanjung dan RM40,000 untuk Sabah dan Sarawak tidak boleh menjual unit tersebut kepada individu lain.

“Mereka yang ingin menjualnya, perlulah menjual semula kepada kementerian. Ini membolehkan kementerian menawarkannya kepada mereka yang lain yang kurang berkemampuan selain untuk mengelakkan orang mengambil kesempatan,” katanya.

Ditanya mengenai kadar dan tempoh masa sewaan yang akan diberikan, Noh berkata perkara itu sedang dalam perbincangan.

“Ada yang mungkin ditawarkan 20 tahun, ada yang 25 tahun…perkara ini akan kami putuskan kemudian,” katanya.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s