KWSP: PENDAFTARAN SIMPANAN SYARIAH DIBUKA HARI INI

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2016: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa Simpanan Syariah yang akan dilancarkan pada Januari 2017 kini dibuka untuk pendaftaran hari ini di seluruh cawangannya kepada semua ahli tanpa mengira bangsa, agama dan kerakyatan.

Ahli yang ingin menukar simpanan KWSP konvensional mereka kepada Simpanan Syariah perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dan bawa MyKad untuk pengesahan cap jari manakala ahli bukan warganegara Malaysia perlu membawa pasport.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, “Hari ini merupakan hari yang bersejarah untuk KWSP dengan pembukaan pendaftaran Simpanan Syariah. Kami amat sukacita kerana kami berjaya memenuhi permintaan yang tinggi oleh ahli semasa Rundingan Awam tahun lepas untuk diwujudkan pilihan simpanan persaraan yang diuruskan berlandaskan prinsip Syariah.”

Datuk Shahril Ridza Ridzuan, KPE KWSP

Beliau berkata keputusan untuk menukar kepada Simpanan Syariah adalah tertakluk kepada ahli sendiri dan menasihati ahli untuk memahami konsep Simpanan Syariah terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menukar dari simpanan KWSP konvensional.

Dana sebanyak RM100 bilion, iaitu lebih kurang 15 peratus dari keseluruhan jumlah aset pelaburan KWSP sebanyak RM681.71 bilion sehingga akhir Mac 2016, diperuntukkan untuk Simpanan Syariah 2017 berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’. Untuk melayakkan diri untuk Simpanan Syariah 2017, ahli perlu mengemukakan permohonan mereka sebelum 23 Disember 2016 dan tertakluk kepada ketersediaan dana RM100 bilion.

Untuk majikan, proses mencarum dan penguatkuasaan semasa kekal sama. Tiada perubahan atau borang lain yang perlu diisi oleh majikan untuk pekerja yang memilih Simpanan Syariah.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Untuk maklumat lanjut berkenaan Simpanan Syariah, Soalan Lazim (FAQ) dan proses pendaftaran, sila layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-89226000.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s