TURKI & RUSSIA PULIH HUBUNGAN: ERDOGAN & PUTIN PILIH DAMAI

Pertemuan Erdogan & Putin di St. Petersburg

Hubungan Turki dan Russia kini melangkah ke era baharu selepas kegagalan rampasan kuasa tentera di Ankara dan Istanbul pada 15 Julai lalu. Satu perkembangan yang pasti membimbangkan sekutu Barat.

Pertemuan Reccep Tayyip Erdogan dan Vladimir Putin pada 8 Ogos di St. Petersburg memberi gambaran: Turki bersedia mengalih hala tuju politik menyokong Blok Russia.

Era baharu Ankara-Moscow

“Hubungan ini mencipta era baharu,” kata Erdogan.

Malah, tindakan ini dilihat sebagai langkah drastik Ankara serta isyarat protes dan hilang keyakinan Turki terhadap hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat (AS).

Isyarat protes Ankara terhadap Washington

Ankara menuduh AS terbabit dengan menyokong Fethullah Gulen dalam kempen menjatuhkan Erdogan.

Fethullah Gulen mendapat perlindungan di AS

Gulen, musuh politik Erdogan yang mendapat perlindungan di AS, disyaki dalang rampasan kuasa yang menyebabkan lebih 200 orang terbunuh. Malah, Ankara secara terbuka menuduh AS terlibat dalam kudeta 24 jam itu.

Jet pejuang Russia menceroboh ruang udara Turki di sempadan Turki-Syria, ditembak jatuh

Pada pertemuan itu, Putin berjanji menarik balik sekatan ekonomi berikutan kejadian tentera Turki menembak jatuh pesawat Russia pada November 2015, dalam satu kejadian di ruang udara sempadan Syria.

Bagaimana kedudukan Turki dalam EU selepas ini?

Malah, tindakan ini juga menggambarkan Turki bersedia menarik diri dari kempen menyertai Kesatuan Eropah yang merupakan sekutu utama AS.
Hubungan baharu dua negara ini pasti memberikan kesan pada kerjasama Turki dan AS dalam memerangi keganasan Daesh di Syria.

Jet pejuang AS di pangkalan tentera Turki

Turki membenarkan jet pejuang AS menggunakan ruang udaranya dalam misi menyerang kubu Daesh di Syria.

Assad disokong oleh Putin

Malah, apakah Turki bakal menyokong kempen Moscow mempertahankan Rejim Bashar Al Assad?

Syria di bawah cengkaman Rejim Bashar Al Assad

Dunia sedang menanti perkembangan seterusnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s