UMAT ISLAM WAJIB TUKAR KEPADA SIMPANAN SYARIAH KWSP

img_2012

8 OGOS 2016 MERUPAKAN TARIKH BERSEJARAH UNTUK KWSP DENGAN PEMBUKAAN PENDAFTARAN SIMPANAN SYARIAH. PERKARA ITU JUGA MERUPAKAN BERITA BAIK KEPADA PENCARUM BERAGAMA ISLAM UNTUK MEMBOLEHKAN MEREKA MENGUBAH CARUMAN KONVENSIONAL KEPADA SISTEM PATUH SYARIAH.

Walaupun begitu, penukaran ini bukan automatik untuk pencarum beragama Islam kerana berkait dengan perlembagaan dan undang-undang; yang memerlukan tuan punya badan hadir sendiri ke kaunter KWSP untuk proses pertukaran.

Dr. Zaharuddin di KWSP

Dr. Zaharuddin di KWSP

Selepas kehadiran Simpanan Syariah, apakah hukumnya kepada umat Islam untuk menukar kepada Simpanan Syariah? Menurut Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, Jawatankuasa Penasihat Syariah (JKPS) KWSP melalui laman Facebooknya; menurut HUKUM ISLAM WAJIBLAH hukumnya ke atas umat Islam menukarnya dan tiada lagi alasan tiada pilihan lalu membiarkannya di dalam akaun konvensional yang dilaburkan ke tempat tidak patuh Syariah.

Dr. Zaharuddin selesai membuat penukaran kepada Simpanan Syariah

Dr. Zaharuddin selesai membuat penukaran kepada Simpanan Syariah

Walaupun secara perundangan, penukaran ini merupakan pilihan pencarum, tetapi sebagai umat Islam, kita wajib menukarnya. Jika tidak, kita akan tergolong dalam golongan orang yang disebut Rasulullah S.A.W. dalam hadisnya.

Nabi bersabda :
ليَأتينَّ على الناسِ زمانٌ ، لا يُبالي المرءُ بما أخذَ المالَ ، أمن حلالٍ أم من حرامٍ
Ertinya : Akan pasti sampai suatu masa, manusia tidak lagi mengindahkan dari mana sumber dia mendapatkan harta, sama ada dari halal atau haram.

Orang ramai di kaunter KWSP

Orang ramai di kaunter KWSP

Tetapi alhamdulillah, melihat ‘serangan’ orang ramai ke kaunter-kaunter KWSP bagi menukar simpanan mereka semalam memperlihatkan kesedaran yang mendalam terhadap perubahan baik ini.

Orang ramai beratur sehingga luar kaunter KWSP

Orang ramai beratur sehingga luar kaunter KWSP

Dr. Zaharuddin juga turut menasihatkan supaya orang ramai tidak tergesa-gesa kerana peruntukan RM 100 bilion adalah mencukupi untuk peringkat awal. Setiap hari dijangka RM 3-5 bilion simpanan pencarum akan berubah ke Simpanan Syariah.

KPE KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan

KPE KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan

Berita baik pula diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, jika konsep pelaburan ini menggalakkan, dana tambahan sebanyak RM 20-30 bilion akan diperuntukkan pada tahun-tahun seterusnya. Pengumuman ini merupakan tindak balas positif KWSP kepada permintaan pencarum.

KWSP

KWSP

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s