Pemandangan dari dalam bas menuju ke Masjidil Haram

Selama hayat hanya membayangkan Kaabah; atau melihatnya di TV atau foto dan poster. Hati tergamam ketika pertama kali melihat Kaabah di depan mata.
Itu perasaan hos dan penyampai berita TV Alhijrah, Syafinaz Yunus setelah tiba di Mekah hari ini, 10 Ogos.

Tiada siapa dapat menggambarkan perasaan berhadapan dengan Kaabah

“Terharu,” katanya.
Syafinaz bersama empat kru TV Alhijrah tiba di Mekah waktu Subuh (10.00 pagi Malaysia) setelah 12 hari berada di Madinah.

5 kru TV Alhijrah di tanah suci

Ketibaan di Mekah menandakan bermulanya liputan 44 hari kru TV Alhijrah hingga 14 September ini.
Ikuti momen ibadah Musim Haji di Instagram @tvalhijrah114.

Klik gambar untuk ke Instagram @tvalhijrah114