Syafinaz di hadapan Kaabah

Syafinaz Yunus terkedu menatap Kaabah. Setelah 14 hari berada di Madinah sejak tiba pada 28 Julai lalu, kru TV Alhijrah memijak kaki ke Masjidil Haram pada 10 Ogos.

Rindu bertahun lama kini berada di depan mata!

Syafinaz Yusuf berkongsi momen indah di sisi Kaabah. Pada usia 31 tahun, peluang menunaikan haji satu nikmat Allah yang tidak terhingga.

Sementara bagi Penyunting Visual, Muhammad Farid Affy Omar, pengalaman menunaikan Umrah pada hari pertama di Masjidil Haram sangat menyentuh perasaan.

Farid, usai umrah pertama selepas tiba ke Mekah

Pada usia 28 tahun, peluang bersama tiga juta umat Islam menunaikan ibadah haji kali ini, menjadikan 1437H tahun terindah dalam kehidupan.

Jurukamera TV Alhijrah untuk laporan haji 1437H di Madinah

Bagi jurukamera, Mohd. Fauzi Salim, tiada yang lebih abadi untuk dirakamkan sepanjang kerjaya melainkan visual kemuliaan rumah Allah serta wajah-wajah tetamu yang terpilih tahun ini.

Fauzi bergambar kenangan di struktur ikonik Masjid Nabawi, payung gergasi
Fauzi, berihram ketika dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah.

Ikuti momen di Tanah Suci bersama lima kru TV Alhijrah di live Ibadah Musim Haji 1437 via Instagram @tvalhijrah114.

Instagram TV Alhijrah @tvalhijrah114


http://instagram.com/tvalhijrah114