Petugas media Tabung Haji berihram menuju Mekah.

Sepuluh hari selepas kempen Live via Instagram dilancarkan, lebih 30 laporan berfoto dan video disalurkan melalui Instagram @tvalhijrah114 melalui lima kru yang kini berada di Tanah Suci.

Perkuburan Baqi’ di Madinah.

Kempen eksklusif ini bermula 3 Ogos dan akan berakhir pada 14 September ini.

Penjual minyak wangi di Madinah.

Malah, views video yang dipaparkan melangkaui 3 ribu likes. Manakala purata tontonan melepasi seribu bagi setiap video.

Time lapse di puncak Jabal Nur, Mekah.

Kempen Live via IG Laporan Musim Haji 1437H menjadi pelopor apabila Instagram digunakan sebagai platform pemberitaan laporan Musim Ibadah duyufurrahman yang bakal menyatukan 4 juta umat Islam di Tanah Suci tahun ini.

Waktu pagi di Jabal Nur.

“Sebagai pelopor, kami mahu sentiasa di hadapan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar.
Laporan Live via @tvalhijrah114 ini diketuai Ainur Mahdiyah Zahra dan pengacara Syafinaz Yunus.

Seorang dhuyufurrahman ditemu ramah melalui Instagram kami.
Salah seorang followers Instagram @tvalhijrah114 dapat menatap wajah ayah tercinta.

Ikuti Instagram @tvalhijrah114. Musim Haji 1437H, kini live di gajet anda.