ATLET MESIR TOLAK BERSALAMAN DENGAN ATLET ISRAEL

 

Atlet judo dari Mesir terus berundur apabila atlet Israel menghulur tangan untuk bersalam dengannya dalam kejohanan Olimpik di Brazil.

Islam El Shehaby, atlet judo Mesir.

Islam El Shehaby, atlet judo Mesir.

Islam El Shehaby yang mewakili Mesir dalam pertandingan itu menyatakan dia hormati undang-undang sukan itu, tetapi tiada kewajipan untuk bersalaman dengan lawannya, Or Sasson dari Israel.

El Shehaby berundur ketika Sasson menghulur tangan.

El Shehaby berundur ketika Sasson menghulur tangan.

Selepas perlawanan, kedua-dua mereka mengambil tempat di hadapan pengadil. Atlet Mesir itu berundur apabila Sasson tunduk dan menghulur tangan.

Tindakan itu mengundang reaksi tidak senang penonton di lokasi pertandingan apabila penonton mengejek El Shehaby.

Walaupun begitu, El Shehaby tetap tenang tanpa menunjukkan apa-apa reaksi balas.

Pengadil kemudiannya memanggil semula El Shehaby untuk tunduk sebagai sebahagian dari disiplin judo, dan atlet Mesir itu hanya mengangguk sedikit.

El Shehaby dan Sasson ketika pertandingan.

El Shehaby dan Sasson ketika pertandingan.

“Bersalaman dengan lawan bukan kewajipan yang tertulis dalam peraturan judo. Ia berlaku antara kawan, dan dia bukan kawan saya,” kata El Shehaby.

Tambahnya lagi, “Saya tiada masalah dengan orang Yahudi, agama lain atau perbezaan kepercayaan. Tetapi atas sebab peribadi, awak tidak boleh menyuruh saya bersalam dengan sesiapa dari negara itu, terutama sekali di hadapan seluruh dunia.”

Tindakan El Shehaby menunjukkan solidariti kepada Palestin.

Tindakan El Shehaby menunjukkan solidariti kepada Palestin.

Walaupun seluruh dunia menganggap perbuatan El Shehaby sebagai tidak mempunyai semangat kesukanan, tindakan beliau menunjukkan solidariti kepada nasib Palestin.¬†Atlet berusia 32 tahun itu turut mendapat kritikan ‘mengecewakan’ dari pengulas sukan. Namun tindakan itu bukan berniat memalukan lawan tetapi menyampaikan mesej jelas kepada dunia, Israel tidak diiktiraf dari pandangan matanya.

Kalau tindakannya menolak untuk bersalaman itu memalukan pihak lawan, dunia harus sedar, apalah sangat jika dibandingkan dengan tindakan Israel yang terus-menerus menelanjangkan maruah Palestin sehingga sekarang!

Ketika sebahagian dunia mengejek El Shehaby, ramai lagi yang berdiri dan menyokong tindakannya itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s