JABAL NUR MENGAJARKU TENTANG CINTA

Sesiapa yang pernah ke Mekah, pasti tahu keadaan muka bumi Mekah yang bergunung dan berbukit-bukau. Tetapi bukan seperti di Malaysia yang saujana hijaunya. Gunung dan bukit di sana botak, kering, berbatu dan berdebu. Antaranya, Jabal Nur.

Jabal Nur terletaknya Gua Hira.

Apa istimewa Jabal Nur?
Di sini sejarah Islam bermula. Di puncak Jabal Nur terdapat sebuah gua. Sekitar lima meter di puncak gunung. Gua Hira yang sangat dimuliakan dalam sejarah Islam kerana menjadi tempat Rasulullah menerima wahyu Allah yang pertama melalui Jibril a.s.

 

Petugas media Tabung Haji di depan Gua Hira.

 

Justeru bagi yang mendaki, inilah pemahaman sejarah yang umum.
Namun, kalau anda seorang isteri, pasti hati lebih tersentuh. Inilah jalan pendakian yang dilalui Khadijah setiap kali menghantar makanan pada Rasulullah selama suami tercinta itu berada di Gua Hira.

 

Syafinaz ketika mendaki Jabal Nur.

 

“Kala mendaki, saya mula menghargai pengorbanan Khadijah sebagai isteri. Cinta yang membawanya ke puncak Jabal Nur,” kata Syafinaz Yunus.
Pada usia 31 tahun, dan sudah berkahwin serta memiliki cahaya mata lelaki, wanita seperti Syafinaz melalui pengalaman lebih nurani sepanjang pendakian dalam kelam subuh.

 

Cabaran mendaki lurah dan lereng berbatu di Jabal Nur.

 

Syafinaz 31, antara lima kru TV Alhijrah yang bertugas pada Musim Haji 1437H. Misi liputan sudah bermula pada 28 Julai lalu dan berakhir pada 14 September ini.
Allah memberikan pengajaran tambahan. Selain kisah umum perihal kedatangan Jibril menyampaikan wahyu pertama pada Nabi Muhammad, seorang isteri yang keletihan mendaki Jabal Nur dalam kelam subuh, pasti belajar soal cinta dan kasih sayang.
Sebelum ada iman, apa yang mendorong Khadijah begitu setia menggagahi lurah dan keras bebatuan memanjat gunung? Tentulah kerana keajaiban cinta.

 

Pendakian Jabal Nur mengajar erti cinta Khadijah kepada Rasulullah SAW.

 

Memanjat Jabal Nur, bagi isteri seperti Syafinaz, pasti ada kisah sangat peribadi. Mereka akan berfikir: “Sudahkan kita menyintai suami seperti Khadijah menyintai Rasulullah!”

Ikuti momen nurani Duyufurrahman di Instagram @tvalhijrah114.

Liputan Musim Haji 1437H secara Live via Instagram kini di gajet anda.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s